Sunday - July 25, 2021 @ 23:57
BERITANASIONALSultan Perak beri pengampunan kepada 11 banduan perhimpunan haram di Masjid Ubudiah

Sultan Perak beri pengampunan kepada 11 banduan perhimpunan haram di Masjid Ubudiah

perhimpunan-haram-masjid-ubudiah-diampun

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, memberi pengampunan kepada 11 banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah kerana membabitkan diri dalam perhimpunan haram di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada 2009

Serentak itu, kesemua mereka dibebaskan hari ini bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut syawal bersama keluarga.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan, Datuk Razali Othman, berkata Sultan Nazrin telah mempengerusikan persidangan lembaga pengampunan berkenaan semalam bagi membentangkan rayuan yang dipersembahkan secara terus kepada baginda oleh 11 banduan berkenaan yang telah dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula 28 Mac lalu.

Katanya, baginda berpuas hati dengan penjelasan pegawai Penjara Tapah kesemua mereka menunjukkan keinsafan dan berkelakuan baik ketika berada dalam penjara.

Beliau berkata, baginda juga berpuas hati dengan pengakuan keinsafan banduan atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak mengulangi kesalahan berkenaan.

“Setelah meneliti rayuan banduan-banduan, dalam semangat menghadapi bulan Ramadan, baginda atas ehsan dan budi bicara telah menitahkan supaya 11 banduan yang telah disabit kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac lalu, diremitkan baki hukuman penjara dan dibebaskan pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436H untuk membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan yang diperkenankan Sultan Nazrin di sini, hari ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here