32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Sultan sebak… 30,000 hadir himpunan taat setia

AGENDADAILY – Ketika perhimpunan taat setia Sultan Johor dirancang penganjur menetapkan hanya enam ribu, kemudian diubah jadi 10 ribu, kemudian 20 ribu, akhirnya pada petang Ahad bertempat di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru lebih 30 ribu rakyat Johor turun menyatakan ikrar taat setia.

Rakyat berbagai kaum, Melayu, Cina, India termasuk masyarakat Orang Asli hadir beramai-ramai dan ada di antara mereka sejak jam 11.00 pagi lagi walaupun perhimpunan dijadualkan bermula jam dua petang.

Situasi yang jarang-jarang dilihat ini membuatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri terharu dan sebak.

himpunjohorsultanPerhimpunan taa setia ini dianjurkan oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) berikutan keceluparan pemimpin PAS Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan Sultan Johor terhadap nombor pendaftaraan kenderaan WWW 1.

Perhimpunan hari ini dimulai di pekarangan bangunan Sangkar Kristal, Taman Pelangi dengan orang ramai berkumpul membawa pelbagai sepanduk dan berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor.

Sultan Ibrahim ditemani ahli keluarga ketika bertitah menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

“Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja.

“Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh,” titah baginda.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

himpunjohor2550

“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” titah baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.

himpunjohor300Sementara itu, Bendahari Agung Gabung Zaini Atan berkata, mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang menganggotai pelbagai NGO.

“Kita hanya mengambil masa tujuh hari untuk menganjurkan perhimpunan ini, sebagai usaha kami untuk menunjukkan semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar Sultan kami,” katanya.

Beliau berkata, sejumlah 312 NGO Melayu Johor dan 62 NGO kaum Cina serta 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan, yang turut menghadiri perhimpunan itu, berkata beliau berasa amat bangga dengan sokongan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.

“Perhimpunan hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada Perlembagaan negara,” katanya.-10/6/2012

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan