Tuesday, June 22, 2021
POLITIK Sultan Selangor Desak Penstrukturan Semula Industri Air Dimuktamadkan

Sultan Selangor Desak Penstrukturan Semula Industri Air Dimuktamadkan

sultan-selangor-istiadat-pembukaan-persidangan-dun

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada 12 Sept 2014.

Baginda menggesa supaya proses itu dijalankan berlandaskan semangat dan terma perjanjian utama serta tidak dipolitikkan mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan serta kehidupan rakyat Selangor.

Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi bagi keperluan domestik dan industri.

“Beta yakin pendekatan ‘bersemuka dan berbincang’ dapat menyelesaikan persoalan ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga negeri Selangor.

“Beta juga mahu Memanda (menteri besar) Beta meneruskan sikap tegas mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dan kepentingan rakyat,” titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin mahu usaha menggantikan tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan akibat projek-projek pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan segera dan bentuk penggantian tersebut haruslah ‘serupa keadaannya’ serta mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.

“Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

Baginda juga menegaskan pengurusan alam sekitar dan ekosistem melalui pemuliharaan hutan simpan kekal dan penanaman pokok di Selangor mesti diberi perhatian sebagai iktibar susulan banjir yang berlaku di pantai timur Disember lepas.

Sehubungan itu, baginda menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa memelihara hutan simpan kekal di negeri ini dan memastikan jumlah keluasannya harus tidak kurang 30 peratus daripada keluasan tanah sedia ada.

Sultan Sharafuddin bertitah kerajaan Selangor perlu menggubal dasar-dasar negeri mengikut keutamaan betul dan selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah, iaitu gagasan penting dalam Islam yang sentiasa relevan dengan perubahan zaman.

“Beta berharap Memanda Datuk Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) dapat meneruskan amanah kepimpinan dengan baik di samping mencatat beberapa kejayaan dalam tempoh singkat serta pendekatan kerja secara hands-on dan lebih responsif terhadap permasalahan rakyat,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin mahu setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat merasakan hak mereka terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan hakikat bahawa rakyat adalah aset terpenting dalam memacu pertumbuhan dan menarik pelabur.

Titah baginda, kepesatan ekonomi Selangor kini bakal menarik lebih banyak rakyat berhijrah ke negeri ini dan dijangkakan kepadatan penduduk mampu mencapai sehingga sembilan juta orang menjelang 2035.

Berikutan itu, baginda menyatakan permintaan bagi perumahan mampu milik akan menjadi lebih mendesak pada masa depan dan keperluan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam dilihat semakin mencabar.

“Beta berkenan usaha kerajaan negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun ini dan berharap ia dapat dilipatgandakan sebagai usaha memenuhi permintaan sebanyak 40,000 unit,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan harapan supaya Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dapat menyasarkan nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian pada kadar 60:40.

Berkaitan:

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang cuba menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan...

UMNO tidak akan desak kerajaan adakan PRU15 – Tajuddin Abdul Rahman

UMNO tidak perlu mendesak kerajaan supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, lebih-lebih lagi ketika negara masih menghadapi wabak COVID-19. Sebaliknya,...

Ini surat palsu paling lucu

Banyak betul poster dan surat palsu tersebar hari ini. Semuanya gara-gara Yang di-Pertuan Agong berkenan terima menghadap para pemimpin politik. Paling lucu surat pemecatan keahlian...

Layakkah Hishammuddin dan Azmin terajui kerajaan?

Apabila tercetus ura-ura, Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn akan dicadangkan sebagai Perdana Menteri baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional, ramai yang geleng...

Pembangkang tolak cadangan Tun M tubuh Mageran

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan menolak cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah badan menyerupai Majlis Gerakan Negara (Mageran). Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga ketua...

Terkini

Polrestro Jaksel selidiki penembakan misterius dekat Kompleks Polri

Untuk korban jiwa maupun material tidak ada Jakarta (ANTARA) - Petugas Polres Metro Jakarta Selatan menyelidiki kasus penembakan misterius yang terjadi di dekat kompleks Pati...

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan SCBD, Jakarta Selatan, lantaran bersiap...

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here