Sultan Selangor: Pihak persoal asas perlembagaan perlu dibenteras - pakdin.my

Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian “kontrak sosial” yang dipersetujui oleh kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Baginda berkata, perjanjian yang dipersetujui ini diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

“Walau berulang kali beta menyentuh tentang isu-isu ini, namun beta akan terus bersuara dan menegaskan tiada sebarang tolak ansur dalam cubaan golongan tertentu mengikis kuasa dan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ini.

“Peranan raja-raja Melayu dalam memayungi kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera tanpa mengetepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan,” katanya.

Sultan Selangor bertitah pada program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme serta Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

https://pakdin.my/tag/icerd

UTAMAPOLITIKSultan Selangor: Pihak persoal asas perlembagaan perlu dibenteras

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium