Sumbangan Ringankan Beban Warga Bagan Datuk, Hubungi Segera Bagi Yang Terjejas – Ahmad Zahid - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerusi Facebook beliau berkongsi beberapa sumbangan keperluan makanan yang diberikan beliau kepada rakyat di Bagan Datuk.

Beliau berkata Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang dan Rungkup berterusan membantu rakyat yang dilanda kesusahan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sumbangan barangan makanan kepada warga Bagan Datuk. Membantu rakyat yang dilanda kesusahan semasa tempoh sekatan lock-down PKP 3.0 pada 30.06.2021 (Rabu) bermula jam 12.00 tengah hari hingga jam 5.00 petang.

“Ia merupakan hari ketiga program yang disampaikan melalui Ketua-ketua Komuniti Kampung-kampung dan Komuniti Taman Perumahan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kepada ketua-ketua keluarga yang memerlukan kawasan DUN Hutan Melintang.

“Semoga ia akan dapat meringankan beban warga Bagan Datuk yang terjejas kerana PKP 3.0 ini,” ujar beliau.

Ahmad Zahid juga berharap rakyat yang berada di bawah Parlimen beliau untuk segera berhubung dengan wakil beliau untuk disegerakan bantuan kepada mereka.

“Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan atau mengetahui ada yang memerlukan bantuan segera sila salurkan kepada Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Bagan Datuk Cikgu Ahmad Mat Atar di talian 019-5757192 atau nombor pejabat 05-6480209,” katanya. –UMNO Online

UTAMABERITASumbangan Ringankan Beban Warga Bagan Datuk, Hubungi Segera Bagi Yang Terjejas –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium