Surat Istana petang Rabu cetuskan misteri dalam PKR - pakdin.my

Kenyataan media Saifuddin Nasution yang dikeluarkan pada jam 9:30 malam ditarik balik 20 minit kemudian.

azmin-khalid-saifuddin

 

Portal Malaysiakini paling awal melaporkan PKR mendapat surat daripada Istana Selangor dengan memberi gambaran kenderaan rasmi istana berada di depan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, petang Rabu.

Sudah tentu surat itu berkaitan pencalonan PKR bagi jawatan Menteri Besar seperti diminta Istana Selangor yang menetapkan tarikh akhir menyerahkan senarai nama calon pada hari Rabu.

Teka teki itu terjawab dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail kira-kira jam 9.30 malam tetapi kenyataan beliau ditarik balik kira-kira 20 minit kemudian.

“Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan.

“Ia ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan,” kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil dalam kenyataannya.

Menurut Fahmi lagi, Komunikasi KEADILAN memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang tertimbul daripada hal ini.

Justeru itu juga, bnbbc.my terpaksa menarik balik berita bertajuk,” Istana hantar surat baru minta PKR calon lebih dua nama,”.

Tidak tahu apa sebenarnya berlaku sehingga kenyataan awal Saifuddin Nasution ditarik balik.

Maklumat menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan baru senyap begitu sahaja sehingga berita ini ditulis jam 12.30 malam.

Timbul persoalan, apa yang tidak kena dengan kenyataan Saifuddin selepas menerima surat dari Istana sehingga timbulkan misteri ekoran penarikan balik kenyataan tersebut.

Untuk rekod pula, ttarikh akhir bagi Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar sudah tamat tengah malam tadi.

Jika benar desas desas surat istana itu mahu PKR mengemukakan lebih dua nama calon, bermakna parti itu kena mematuhinya sebaik sahaja surat itu diterima lewat petang tadi hingga waktunya tamat hari Rabu.

Ini kerana PKR hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut dengan disokong DAP manakala PAS pula menambah nama Mohamad Azmin Ali.

Istana tentu mahu nama-nama calon dikemukakan mengikut masa ditetapkan supaya dapat dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

Tidak mustahil jika tiada nama calon lain dikemukakan, PKR boleh berputih mata sekiranya istana menolak pencalonan Wan Azizah.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Istana Serlangor berhubung perkara itu termasuk memanjangkan tempoh kepada PR menghantar nama calon-calon menteri besar kepada Sultan Selangor.

Justeru itu, tentu ramai ingin tahu misteri disebalik kenyataan Saifuddin yang ditarik balik itu.

Dan sehingga pemilihan menteri baharu ini selesai, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentu akan kekal sebagai menteri besar.

UTAMAPOLITIKSurat Istana petang Rabu cetuskan misteri dalam PKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium