30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Surat Misteri Anwar-Karpal Diserah Kepada SPRM

bankleak-anwar

Surat misteri yang mendedahkan urus niaga oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Dokumen itu diserahkan oleh bekas calon BN Permatang Pauh pada PRU lalu – Dr Mazlan Ismail bagi membolehkan siasatan dijalankan.

DR. MAZLAN ISMAIL / BEKAS CALON BN PERMATANG PAUH

“Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya telah menyerahkan kepada SPRM semua dokumen yang telah saya terima tempoh hari, sekali lagi saya mengulangi kenyataan bahawa saya tidak mahu sama sekali dilibatkan dengan kandungan surat tersebut, namun sebagai rakyat saya amat berharap supaya pihak berkuasa menyiasatnya kerana ianya melibatkan kepentingan umum”.

Dr Mazlan sebelum ini mendedahkan kemunculan surat misteri berkenaan.

Surat lapan halaman itu antara lain, mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Datuk Seri Anwar.

Dr Mazlan mendakwa menerima 6 ribu surat itu sejak seminggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di peti surat rumahnya.

 

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan