Surat terbuka untuk rakyat Malaysia - pakdin.my

#RejimPakatanHarapan #RejimMahathir #MahathirBapakKroniNegara

Ini adalah luahan hati kami selaku rakyat yang melihat perkembangan politik Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Ia sekadar pandangan peribadi dan ringkasan era pentadbiran DS Najib dari tahun 2009 – 2018.

1 – Kami membesar dengan melihat perjalanan politik DS Najib dan Tun Mahathir. Mereka berdua adalah tokoh yang telah berjaya membangun negara dengan baik. Namun, kami perhatikan Tun M dan DS Najib mempunyai visi dan pendekatan yang amat berbeza di dalam mentadbir negara.

2 – Tun M telah memberi perhatian khusus kepada pembangunan fizikal dan kroni-kapitalisme. Justeru ia amat baik dan menyerlah buat sebuah negara membangun seperti Malaysia pada ketika itu yang berjaya meletakkan tanah air di peta dunia dengan kewujudan KLCC, F1, Menara KL, DayaBumi, Putrajaya, KLIA, Jambatan Pulau Pinang, PLUS Highway, Proton sehinggalah ke ekspidisi dengan motto ‘Malaysia Boleh’ dan ‘Kroni Kaya’. Ia bagai suntikan semangat kepada untuk rakyat bangun berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat di negara lain. Pada ketika itu, satu-satunya sumber kewangan negara yang kukuh ialah Petronas. Ia banyak menyumbang kepada perancangan belanjawan negara, membiayai projek-projek mega yang akhirnya mengkayakan diri, anak-anak dan kronies.

3 – Berlainan dengan era DS Najib, harga minyak dunia merudum jatuh dan ekonomi dunia menjadi lesu. Ini cabaran yang perlu Najib hadapi jika ingin mengekalkan pembangunan serta kuasa ekonomi negara. Maka pada ketika inilah anasir politik dan sunversif negara cuba menangguk di air yang keruh. DS Najib bukan sahaja berdepan dengan ekonomi global yang lesu tetapi mewarisi beban politik serta beban hutang hasil dari model ekonomi bebas Tun M.

4 – Lanskap politik berubah dengan pantas. Sepantas kilat pencapaian internet. Ditakdirkan era Tun M tidak berhadapan dengan cabaran media sosial yang sangat dahsyat dan sukar untuk dikawal hatta dengan ISA. Namun, Allah beri kepada DS Najib dan kita ‘Persevere’ atau keteguhan, ketabahan untuk terus cekal menakhoda zaman. Sama seperti ketika Tun M, tabah dan tekun ketika dikecam dikritik terutamanya oleh pembangkang atas setiap usaha dan perubahan yang cuba bawakan.

5 – Mari kita lihat lanskap awal pentadbiran DS Najib. Beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan tujuan menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu di antara satu sama lain sesuai dengan falsafah dan prinsip RUKUN NEGARA. Ia satu paradime shift iaitu usaha mewujudkan masyarakat harmoni. Hanya melalui perpaduan sahaja kita dapat membentuk sebuah negara bangsa yang maju dan berdaya saing. Melihat perpecahan rakyat di zaman sebelumnya, terutama orang Melayu, inisiatif ini sebenarnya adalah antara usaha mewujudkan perpaduan di kalangan semua bangsa. Malangnya, usaha baik ini telah dipolitikkan oleh pihak lawan dengan mendakwa ia konon meniru slogan Yahudi atau DAP; Malaysia-Malaysia. Itulah dasar pertama transformasi DS Najib dan ianya diperlekehkan kerana kepentingan politik sempit.

6 – Selepas PRU 13, kita menyaksikan keputusan yang tidak memberansangkan terutama dari segi undi popular tetapi BN menguasai Dewan Rakyat lebih baik dari PRU12 dengan 134 / 222 kerusi. Namun Najib tidak menoleh ke belakang. Beliau dan Pentadbiran pantas memulakan kerja untuk rakyat. Walaupun ketika itu (hujung 2014), Tun M telah mula menyerang DS Najib dengan berpaksi kepada keputusan PRU 13 yang kami fikir tidak adil jika hanya dihukumkan kepada DS Najib oleh Tun M.

7 – Semua orang merasakan kemelesetan ekonomi pada tahun 1998 adalah yang terburuk dalam sejarah negara. Namun hakikat sebenarnya ialah kemelesetan ekonomi global pada tahun 2008 adalah yang terburuk sejak tahun 1930. Namun kenapa rakyat tidak merasainya? Ini adalah kaedah pendekatan industrial economics DS Najib yang amat ketara berbeza dengan pendekatan doktor klinik Tun M. Tun M mengambil pendekatan secara regressive. Menambatkan mata wang antara punca para pelabur – pelabur lari, menghalang rakyat ke luar negara termasuk pelajar – pelajar dan lain2 lagi sebenarnya amat merugikan. Dan kita dapat saksikan pada ketika itu, banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan ditutup. Bank juga terpaksa bergabung. IPTS banyak yang bungkus. Ramai citizens yang terpaksa hilang pekerjaan. Sebaliknya kroni-kapitalis semakin kaya. Benar kata Karl Marx, di dunia kapitalis ‘yang kaya akan bertambah kaya, yang miskin akan hidup melarat dan akhirnya menjadi papa kedana’.

6 – Namun, DS Najib mengambil langkah berani. Melakukan pakej ransangan ekonomi holistik dengan membuat pinjamam RM67 billion bagi memastikan rakyat dan ekonomi negara terus bersaing. Alhamdullilah, kita berjaya melepasi dugaan sehingga rakyat langsung tidak merasai kehadiran kegawatan yang dikatakan paling teruk sejak 1930 itu.

7 – Ini terbukti langkah yang di ambil oleh DS Najib pada ketika itu sangat tepat dan jitu yang mana pada masa yang sama Amerika Syarikat sendiri terpaksa menjamin atau menyelamatkan (bailout) Citibank, General Motors, AIG dan banyak syarikat gergasi yang lain. Banyangkan jika DS Najib tidak mengambil langkah awal tersebut sebagai Menteri Kewangan, Malaysia mungkin sudah lama muflis akhibat hutang negara yang bertimbun yang telah ditinggalkan oleh Tun M itu.

8 – Krisis kewangan 1997-1998 sebenarnya terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan kemelesetan ekonomi global yang dialami oleh Malaysia dan dunia pada penghujung 2008, namun kita tidak merasainya kerana langkah progressive yang telah di ambil oleh DS Najib.

9 – Walaupun begitu, DS Najib sekali lagi dihukum oleh pihak lawan dan musuh politik kononya kaedah tersebut menyebabkan hutang kerajaan semakin naik dari 40% kepada 50.8%. Namun apa yang mereka tidak nampak ialah kejayaan disebalik itu. Jika dilihat kaedah pendekatan yang diambil oleh Tun M pada 1998, untuk tempoh 6 tahun terakhir beliau sebagai Perdana Menteri, iaitu dari tahun 1998 hingga 2003, hutang kerajaan meningkat sebanyak 112%. Fakta ini tidak pernah dimaklum kepada pengikut protun di luar sana.

10 – Tun M juga secara konsisten mengamalkan belanjawan defisit pada kadar antara 4% hingga 6%, berbanding dengan kadar defisit bajet semasa di bawah DS Najib yang berada pada kadar serendah di antara 2.8% hingga 3% yang kita amalkan sehingga kini. Cuba bertanya kepada TS Irwan Seregar selaku Ketua Perbendaharan bukan kepada Rafizi Ramli yang kerjanya hanya untuk menghasut.

11 – Selama enam tahun pertama pemerintahan Tun M telah menyebabkan Nisbah Hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal pada paras 60% selama lebih dari satu dekad. Berbanding DS Najib, nisbah hutang negara kini berkurangan menjadi 50.3%. Cuba tanyakan pakar ekonomi TS Mohd Noor, VC UKM bukan pakar auta seperti Tony Pua dan Rafizi; beliau pasti menyatakan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang kukuh.

12 – Kadang-kadang kami tidak faham kenapa rakyat ditakutkan dengan nisbah hutang kerajaan sedemikian rupa. Walhal kita pernah menghadapi nisbah hutang 103.4% pada tahun 1986 di bawah Tun M!? Dan kita masih mampu mengharunginya dengan baik.

13 – Ketika DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, beliau dapati negara dibelenggu oleh isu struktur dan legasi Mahathirisme yang serius. Antaranya masalah gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta mahal, kadar kemiskinan tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang terlalu kerap yang hanya menguntung konsensi dan kronies, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang amat berat-sebelah, serta korupsi dan kroni-kapitalisme yang rampan dan amat berleluasa.

14 – Hari ini, kita dapat lihat bahawa DS Najib berjaya memperbaiki struktur pentadbiran kerajaan tersebut.

15 – Antara sebab DS Najib diserang adalah keengganan beliau meneruskan projek jambatan bengkok milek YTL, kroni Tun M. Projek tersebut apabila dihalusi, telah melanggar perjanjian antarabangsa di antara Malaysia – Singapura dengan merobohkan tambak Johor. Jambatan yang sepatutnya boleh dibina secara lurus, tetapi dibengkokkan yang tidak pasti apa tujuannya sudah pasti menelan belanja yang terlalu tinggi. DS Najib di tuduh penakut dan bacul kononnya takut dan tunduk dengan Singapura. Untuk apa kita berkonfrantasi dengan negara jiran itu? Apakah faedahnya?

16 – Namun, objektif jambatan bengkok tetap diteruskan oleh DS Najib apabila kerajaan Malaysia bersama kerajaan Singapura, membina keretapi laju (HSR) yang menghubungi KL – Singapura; dengan masa 90 minit perjalanan dipendekkan dengan 8 point perhentian. Disamping kita menjaga hubungan baik antara dua negara, kita juga dapat memajukan pembangunan dikawasan perhentian HSR kelak. Bukan itu sahaja, HSR bakal mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan dan 22,000 daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi. Bukankah ini satu pendekatan yang jauh lebih bijak? Kenapa Tun M mesti tentang!? Adakah YTL mendesak?

17 – Ketika DS Najib diangkat menjadi Perdana Menteri, beliau berulang kali beliau berkata beliau adalah perdana menteri untuk semua. Beliau kotakan janji tersebut. Beliau memberi pembangunan di Sabah dan Sarawak. Beliau tidak pinggirkan mereka lagi. Alhamdulillah. DS Najib telah membina jaringan jalanraya yang baik iaitu Pan Borneo Highway tanpa tol yang merupakan langkah awal untuk meransang ekonomi domestik. Jaringan pengangkutan mesti dibangunkan. Baru akan muncul pelbagai industri dan pembangunan. Itu satu bukti beliau adalah perdana menteri yang cekap untuk semua.

18 – Satu lagi contoh adalah pembinaan lebuh raya CSR yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat. Walaupun Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh pembangkang, DS Najib tetap tunaikan janji “PM untuk semua”. Berbanding Tun M, pembangunan di Kelantan dibiar dan diabaikan sebagai “hukuman”. Tidak kepada DS Najib. Pembinaan rumah baru bagi mangsa banjir di Kelantan adalah salah satu lagi contoh keperhatinan beliau. 1MDB banyak menyumbang program mangsa banjir tersebut kerana itu ia dikecam sebab merugikan reputasi pembangkang. Pembinaan ECRL juga bakal mampu menstimulasi pembangunan Negeri Kelantan dan lain – lain negeri di pantai timur, bukti beliau adalah PM untuk semua.

19 – DS Najib sangat terbuka dan berani. Beliau telah menghapuskan kouta untuk sesiapa yang ingin bertanding sebagai presiden UMNO. Beliau tidak menyekat sesiapa pun untuk bertanding tidak seperti Tun M yang memperkenalkan sistem bonus.

20 – Beliau juga amat berani, prihatin dan terbuka apabila menghapuskan ISA. Beliau membiarkan rakyat menghina dan mencaci tanpa menangkap dan humban mereka ke penjara guna ISA.

21 – Beliau berani dan terbuka apabila tidak menyekat kebebasan bersuara dan media, terutama media sosial. Beliau biarkan Nitizens mengkritik dan mencaci. Malah beliau membantu nitizens untuk terus mengkritik beliau dengan memperluaskan jaringan internet dan menambah kelajuan internet. Beliau sangat terbuka. Najib adalah seorang demokrat dan wassatiyyah. He walk the talk. Cakap serupa bikin.

22 – DS Najib berbeza dengan Tun M. Jika Tun M memperkenalkan dasar pandang ke Timur, DS Najib pula melaksanakan dasar pandang ke Timur dan Barat. DS Najib berbaik dengan dua blok utama politik dan ekonomi dunia iaitu USA dan China. DS Najib juga berbaik dengan Arab Saudi yang mana akhirnya DS Najib berjaya menarik pelaburan sebanyak RM31 billion ke dalam negara.

23 – Tahun 2017, Malaysia telah mencatatkan perlaburan sebanyak 197 billion. Ini adalah usaha MIDA dan MIDF di bawah MITI.

24 – Lebih menarik, pada tahun 2017 melalui firma strategi jenama global, BAV Consulting dan Wharton School, the University of Pennsylvania, menyatakan bahawa Malaysia adalah negara terbaik untuk membuat perlaburan dan diikuti dengan Singapura pada di tempat kedua. Berita ini sebenarnya amat tidak disenangi oleh para pemimpin DAP yang berkiblat ke negara milek Temasek Holdings itu.

25 – Kajian ini berdasarkan kiraan mata daripada lebih pembuat dasar di 6,000 perniagaan melibatkan lapan ciri penting iaitu menangani rasuah, dinamik, kestabilan ekonomi, keusahawanan, persekitaran cukai yang mesra , innovatif, pekerja berkemahiran dan pakar teknologi. Seramai 21,000 peserta kaji selidik dari 80 negara seluruh dunia terlibat dalam kajian ini. Bukankah ini satu kejayaan besar DS Najib? Kenapa PH menafikannya?

26 – Najib memilih polisi tidak popular yang menjadikan beliau sebagai mangsa kecaman walaupun pada masa yang sama, telah menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada menerima kesan buruk kemelesetan ekonomi global yang teruk. Pun begitu, di sebalik kecaman terhadapnya, keputusan beliau sering dilihat tepat.

27 – Mereka yang tahu tentang polisi-polisi ekonomi dan public policy formulation pastinya sedar, Najib telah memilih ranjau besar untuk dirinya sendiri. Bagai lilin yang membakar diri. Bagaimanapun, sejarah telah membuktikan sebahagian daripada keputusan-keputusan yang telah beliau buat itu adalah tepat dan benar.

28 – Memperkenalkan GST dan rasionalisasi subsidi adalah 2 elements terpenting keberanian beliau mengambil langkah yang menyebabkan dia dilihat tidak popular. DS Najib tidak kisah walaupun di maki dan di hina. Beliau sangat berkenyakinan yang mana beliau kini berada dilandasan yang betul.

29 – Jika Tun melaksanakan DEB (Dasar Ekonomi Baru), DS Najib pula melaksanakan MEB (Model Ekonomi Baru). DEB ini bagus. Namun objektifnya tidak tercapai. Tun M sendiri mengakui hakikat itu. Dia kata: “I failed myself to enterprise the Malays”. DEB lebih menfokus kepada pembangunan ekonomi kaum Bumiputera. Namun kaum bukan bumiputera terutama sekali taikoon Cina melihat ini sebagai satu strategi untuk memperkecilkan ekonomi mereka. DS Najib melihat situasi tersebut. Jika DEB memberi fokus pada Bumiputera, MEB memberi fokus pada golongan B40. Dengan kata lain, DS Najib tidak memperkecilkan ekonomi kaum cina sebaliknya mengunakan kekuatan ekonomi mereka bagi memperkasakan ekonomi orang Melayu. DS Najib tetap tidak pinggirkan orang Melayu seperti tuduhan Tun M dan TS Muhyiddin. Di bawah MEB, pelbagai program telah dilaksanakan di antaranya BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, KL1M dan lain2 inisiatif di bawah jenama 1Malaysia.

30 – DS Najib tidak pernah memperlekehkan DEB, tetapi di bawah MEB, Tun M telah memberi pelbagai gelaran untuk memperkecilkan usaha DS Najib seperti beri dedak, cash is king dan lain2. Kami fikir, ianya terlalu kebudak-budakkan justeru nampak amat bodoh dan tidak matang.

31 – Najib memberansang ekonomi tanpa mengecilkan hak ekonomi kaum Cina dan India yang sekian lama mereka bina dan kuasai. Pendekatan Najib amat berbeza. “Together we grow”. ‘BERSATU, BERSAMA KITA BOLEH JAYAKAN APA SAHAJA’. Disamping meransang dan menggalak Melayu berdaya saing kita diajukan semangat untuk melonjakkan transformasi. Pelbagai insentif dan bantuan disediakan. Kaum India juga tidak dipinggirkan. Pelbagai bantuan dan dana turut disediakan buat mereks. Malaysian Indian Blueprint diperkenalkan. Benarlah, DS Najib adalah PM untuk semua.

32 – Jika Tun M terkenal dengan dasar penswastaan, DS Najib pula terkenal dengam dasar Rasionalisasi. Bukan kami ingin katakan dasar penswastaan itu tidak baik dan tidak bagus. Namun, ianya perlu berubah mengikut kehendak semasa. Jika ramai billionare dapat dilahirkan dengan mengusahakan syarikat2 strategik, mengapa tidak pihak kerajaan sendiri yang melakukan? Kami akui 1MDB mungkin mempunyai masalah urus tadbir, namun jika ianya tidak diganggu, sudah pasti 1MDB boleh berjaya. Sudah pasti kita tidak perlu jual semua IPPs yabg telah pun kita miliki.

33 – Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Rakyat kita lebih gemar kepada polimik dan persepsi dari memperkukuhkan ekonomi negara.

34 – DS Najib saya lihat seorang yang membangunkan negara dengan kaedah “raise funding”. Ketika era Tun M, pembangunan negara lebih kepada mengharapkan fund dari kroni2 yang sedia ada untuk mereka bertambah kaya. Kami tidak salahkan Tun M tetapi kesal dengan sikap extroveb dan ultra-kiasu beliau. Mungkin ketika itu, keperluan pembangunan negara dengan memerah kroni dan petronas adalah satu cara yang terbaik dan berkesan m. Namun, DS Najib melihat dari sudut yang jauh berbeza. Beliau seorang yang tidak suka pada “sistem kroni” yang akhirnya bakal membawa beban kembali kepada kerajaan, rakyat dan negara. Kerajaan terpaksa bergantung kepada tema dan syarat mereka. Sebaliknya dengan raise funding daripada para pelabur, sudah pasti dapat menggerakkan lagi kemajuan ekonomi negara tanpa terikat dengan syarat – syarat yang berat sebelah yang akhirnya rakyat yang akan mendapat untung.

33 – Namun apa yang kami lihat, Tun M cuba menerap konsep “The best way is MY WAY”. Tun telah diberi kekuasaan selama 22 tahun untuk mencorak ekonomi negara dengan acuan Tun M sendiri. Tetapi beliau telah gagal. Kita berterima kasih kepada Tun M sebab membuka jalan kepada kepimpinan selepas itu. Namun, kepimpinan yang baru juga mempunyai acuan mereka sendiri. Mereka terima kritikan. Namun kritikan dan tomahan yang menjatuhkan negara bukan kaedah memperbaiki keadaan dan kerajaan.

34 – Masih kami ingat lagi, pada awal tahun 2015, kami mengkritik kaedah Tun M. Kami campak buku-buku Tun ke dalam tong sampah. Kami cukup marah ketika itu. Namun Tun M, kami bukanlah sekejam itu. Kami masih tetap menganggap Tun M sebagai negarawan negara. Berhenrilah dari menudun tanpa bukti, mengata PM Perompak dan Penyamun dan kami yang menyokong kepimpinan sebagai pemakan dedak.

35 – Namun kami merasa amat sedih dengan politik kebencian yang Tun M bawa di usia maghrib. Menghina peribadi dan fizikal orang lain termasuk susuk isteri PM, menuduh tanpa bukti, menfitnah, mencaci dan lain2 lagi, menyebabkan kami hilang respect kerana merasa Tun M sudah terlajak begitu jauh sekali. Tun M kini bersama dengan musuh politik yang pernah suatu ketika dulu cuba merosakkan bangsa dan agama. Tun M kini memperjudikan nasib bangsa, agama dan kedaulatan negara. Kami sebenarnya tidak terfikir Tun M akan pergi sejauh ini. Tetapi ia sudah pun terjadi. Nasi sudah menjadi bubur.

PRU 14 sudah pun berlalu, tinggal beberapa hari lagi untuk genap 100 hari dengan janji-janji palsu. Jika kami diberi pilihan, kami tidak akan pilih Tun M tetapi DS Najib. Tetapi rakyat telah memileh regim PH.

Maafkan saya Tun M. Kami memilih DS Najib yang mampu menyambung kesinambungan perjuangan UMNO dan BN dengan lebih berkesan dan lebih baik. Kami tidak dapat lihat bagaimana selama 2 tahun ini nanti Tun M mampu mencorak pembangunan negara jauh sekali dari mampu untuk menyelamatkan Malaysia kecuali kepentingan kronies yang akan bertambah kaya raya.

DS Najib sudah berada dilandasan yang betul. DS Najib kini mempunyai momentum yang baik untuk agama, bangsa dan tanahair.

Kami memohon kepada Allah SWT agar DS dan penggantinya diberi hidayah dan petunjuk agar dapat terus memimpin negara supaya menjadi lebih maju dan makmur. Aamin ya rabb.

Nota Kaki: Kerisauan kami terbukti benar. Tun Mahathir kini sedang menjerumuskan kita, rakyat Malaysia ke suatu jurang dan krisis keyakinan bukan sahaja terhadap kredibiliti regim yang memerintah yang dipimpin beliau tetapi terhadap seluruh sistem pemerintahan, termasuk terhadap prinsip keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Kita bimbang dipertengahan pemerintahan nanti beliau akan bersikap lebih zalim dan kukubesi, melaksanakan demokrasi terpimpin tanpa belas-kasihan. Keadaan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat amat merisaukan semua pihak. Kita sedang menuju ke situasi ‘hyper-inflation’ dan kemelesetan ekonomi yang teruk jika tidak segera dikekang dan dikawal.

UTAMAPOLITIKSurat terbuka untuk rakyat Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium