28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam Dicadang Ditubuhkan

maiwpSeorang anggota biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mencadangkan sebuah Suruhanjaya Kedaulatan Agama Islam ditubuhkan bagi mengatasi ancaman-ancaman baru terhadap agama Islam di negara ini.

Mahamad Naser Disa berkata suruhanjaya itu perlu dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong dan dianggotai ilmuan agama supaya setiap masalah dan aduan berkaitan agama Islam dapat diselesaikan secara muzakarah.

Beliau berkata meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedaulatan Islam, namun kini terdapat pihak tertentu sering melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

“Islam tidak sepatutnya dijadikan bahan pertimbangan politik. Penglibatan Majlis Raja-Raja akan dapat pastikan Islam sentiasa didaulatkan,” katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk “Ancaman-ancaman terhadap Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara” pada Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) di Pusat Islam di sini.

Katanya suruhanjaya itu perlu memastikan semua pihak termasuk rakyat bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan