31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Suspek gaduh Wakaf Mek Zainab direman (video)

Kota Bharu: Suspek wanita berusia 20an yang dikehendaki dan diburu berhubung pergaduhan wanita di Wakaf Mek Zainab, sebulan lalu yang menjadi viral ditahan reman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Rozita Md Saad bermula hari ini dan akan berakhir 25 November ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ditahan polis di kawasan tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa, dekat sini, kira-kira 5.30 petang semalam selepas lebih sebulan diburu.

Dalam kejadian 15 Oktober lalu mangsa dikenali Nila, 22, dibelasah beberapa kali di Wakaf Mek Zainab, dekat sini.

Berikutan itu semua suspek yang terbabit dalam kes itu termasuk yang merakam pergaduhan berkenaan ditahan.

Video viral itu ditonton lebih 100,000 di laman sosial Facebook dan dikongsi lebih 3,000 individu.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.