Suspek kes bunuh Siti Kharina didakwa hari ini - pakdin.my

SUSPEK utama kes bunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, akan dituduh di Mahkamah Sepang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh di mahkamah pada 8.30 pagi.

“Manakala wanita warga Nigeria berusia 35 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun akan dibebaskan dengan Bon Mahkamah.

“Bon akan disempurnakan di Mahkamah Sepang pada tarikh sama,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu sebelum mayatnya ditemui di unit kondominium di Cyberjaya, 15 Mei lalu.

Mayatnya ditemui selepas pemilik rumah melihat kesan darah mengalir keluar dari bawah pintu.

Susulan itu, polis menahan tiga individu membabitkan seorang lelaki dan wanita Nigeria serta seorang lelaki Pakistan.

Rujukan:

1. Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan
https://pakdin.my/kes-bunuh-siti-kharina-polis-selesai-siasatan-tunggu-pendakwaan/

2. Kronologi kes bunuh Siti Kharina: Pengesahan terbaru pihak polis ini mengejutkan ramai pihak
https://pakdin.my/kronologi-kes-bunuh-siti-kharina-pengesahan-terbaru-pihak-polis-ini-mengejutkan-ramai-pihak/

3. Kes bunuh jururawat: Suspek tinggal melebihi tempoh di negara ini menggunakan pas lawatan sosial
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-suspek-tinggal-melebihi-tempoh-di-negara-ini-menggunakan-pas-lawatan-sosial/

4. Kes bunuh jururawat: Kenal suspek di media sosial, jumpa sejak Januari
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-kenal-suspek-di-media-sosial-jumpa-sejak-januari/

5. Kematian Siti Kharina kerana luka di leher
https://pakdin.my/kematian-siti-kharina-kerana-luka-di-leher/

UTAMABERITASuspek kes bunuh Siti Kharina didakwa hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium