Suspek kes bunuh Syed Muhammad Danial tiba di mahkamah Kajang - pakdin.my

Lelaki yang didakwa menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam satu kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City dekat Bangi, pada 10 Ogos lalu, tiba di Mahkamah Majistret Kajang, dekat sini, sebentar tadi bagi menghadapi tuduhan membunuh.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek berusia 40 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek dan isterinya yang berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula 11 Ogos lalu sebelum reman berkenaan disambung pada Sabtu lalu.

Syed Muhammad Danial sebelum ini disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.

Sementara itu, suasana perkarangan Kompleks Mahkamah Kajang dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 30 wakil media seawal jam 7 pagi tadi bagi membuat liputan kes itu.

Tertuduh berbaju T hitam diserbu jurukamera dan jurugambar sejurus trak polis tiba di perkarangan mahkamah pada jam sembilan pagi.

UTAMABERITASuspek kes bunuh Syed Muhammad Danial tiba di mahkamah Kajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium