Suspek Kes Simbah Asid Dan Ragut Di Rawang Ditahan - pakdin.my

Mangsa simbah asid di Rawang

Polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes ragut dan simbah asid terhadap dua wanita di sebuah perhentian bas di Rawang Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata lelaki itu ditahan pada pukul 12.30 tengah malam tadi di rumahnya di Taman Rasa Utama, Rasa, Kuala Kubu Baharu.

Rahim berkata dalam kejadian itu, S Rani, 46, dan Nuruqilah Osman, 16, yang sedang menunggu bas dihampiri dua lelaki yang tiba-tiba menyimbah asid dan merentap rantai emas yang dipakai Rani sebelum melarikan diri.

Beliau berkata Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani cedera pada bahagian muka, leher, tangan serta dada dan masih menerima rawatan di hospital sama.

Rahim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Mangsa menunjukkan kesan simbahan asid. Beliau disimbah asid kerana melawan ketika peragut cuba meragut rantai leher yang dipakai ketika menunggu bas kesekolah pada jam 7 pagi 27 Mac lalu.
UTAMABERITASuspek Kes Simbah Asid Dan Ragut Di Rawang Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium