Suspek Pengganas Warga Malaysia Yang DiTembak Mati Di Filipina Dilatih Menerusi Facebook - pakdin.my

Sasaran sebenar suspek masih menjadi misteri.
Sasaran sebenar suspek masih menjadi misteri.

Mohd Noor Fikrie Abd Kahar merupakan seorang lagi anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang dilatih menerusi laman sosial Facebook.

Anak kepada pesara polis itu merupakan contoh klasik salah seorang individu yang menyertai kumpulan militan menerusi laman sosial dan terbunuh dalam misi keganasan yang gagal dilaksanakannya.

Sasaran utamanya masih kekal misteri tetapi polis Filipina berkata, bahan letupan itu boleh disasarkan ke pusat membeli-belah, hotel atau gereja.

Timbul spekulasi bahawa tindakan Mohd Noor Fikrie itu merupakan upacara inisiasinya sebagai pejuang JI.

Walaupun masih lagi baru, dia sudah menjalin hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi JI dan rakan senegara Zulkifli Abdul Hir yang turut dikenali sebagai Marwan.

Marwan dipercaya berjaya melarikan diri daripada serangan anggota keselamatan Filipina pada 2 Februari lalu yang mengorbankan pemimpin Abu Sayyaf, Umbra Jumdail Gumbahali yang turut dikenali sebagai Dr Abu.

Mohd Noor Fikrie yang merupakan anak kelahiran Kedah, 26, sering berhubung dengan Marwan dan Abu Sayyaf menerusi laman media sosial dan menggunakan seorang rakannya di Sabah untuk berlepas dari Sandakan ke bandar Zamboanga di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan, Mohd Noor Fikrie bersama Marwan dan kumpulan Abu Sayyaf ketika serangan yang dilancarkan pasukan tentera dan polis Filipina beberapa bulan lalu.

“JI dan Abu Sayyaf beroperasi bersama-sama di kawasan Sulu tetapi JI bergerak ke Mindanao apabila pihak berkuasa Filipina yang turut dibantu Amerika Syarikat dan Australia untuk memburu mereka,” kata sumber itu.

Selepas satu serangan terbaru dalam usaha memburu kumpulan terbabit, Mohd Noor Fikrie antara salah seorang yang berjaya melarikan diri.

“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, dia tertinggal kad pengenalannya,” kata sumber itu lagi.

Oleh itu, pasukan keselamatan Filipina sentiasa memburunya sehingga dia muncul di Davao pada malam Jumaat bersama isterinya, Annabelle Nieva Lee yang membawa beg sandang berisi sebutir bom untuk melakukan serangan.

Mohd Noor Fikrie menamatkan zaman persekolahan dan bekerja di Melaka di mana bapanya merupakan seorang sarjan di ibu pejabat pusat latihan polis kontinjen sebelum bersara pada 2002 dan kembali ke kampung halaman mereka di Benut, Pontian, Johor.

Suspek berkahwin dengan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Nuzul dan menetap di Kampung Bahagia, Klebang, Melaka sebelum bercerai pada tahun lalu.

Dia kemudiannya berlepas ke Mindanao dan berkahwin dengan Lee, seorang mualaf dari Sorsogon.

Difahamkan beberapa tahun lalu, dia menyertai JI dan sering berhubung dengan kumpulan tersebut menerusi media sosial.

UTAMABERITASuspek Pengganas Warga Malaysia Yang DiTembak Mati Di Filipina Dilatih Menerusi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium