Suspek Simbah Asid Dikenalpasti Hidap Sakit Mental - pakdin.my

Selepas berbulan-bulan buntu tanpa sebarang petunjuk, siang tadi, polis sahkan, telah kenalpasti individu yang disyaki terbabit dalam lebih 20 kes simbah asid sekitar ibu negara.

Siasatan awal, suspek, penghidap sakit mental sangat berbahaya kerana menyimbah asid secara rambang.

DATUK SERI KHALID ABU BAKAR / TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA Dalam lebih 20 kes simbah asid, penyimbah cecair saya tak mau sebut asid yang sedikit masa dulu menggemparkan kita dia ini macam tak betul. Dia ikut suka hati simbah siapa. Kita dah kenalpasti amik masa nak cekup.

Polis kini melancarkan Ops Tutup bagi memburu suspek.

Lebih 20 mangsa dilaporkan cedera parah akibat perbuatan lelaki berkenaan.

Dalam perkembangan lain, tetapi masih membabitkan serangan asid, seorang lelaki direman 5 hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap kenalannya sendiri.

Serangan dipercayai bermotifkan cemburu.

Dalam kejadian 8 Ogos lalu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27 tahun, disimbah asid ketika berada dalam kereta berhampiran Wisma Bumi Raya.

UTAMABERITASuspek Simbah Asid Dikenalpasti Hidap Sakit Mental

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium