26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Suspek Utama Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank Ditahan

pengasas-amb-mati-ditembak

KUALA LUMPUR — Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

“Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di IPKKL di sini Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan