27 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Syabas Tolak Cadangan Kerajaan Selangor Kurang Bekalan Air Berskala Besar

krisis air selangor

Syabas turut menolak cadangan kerajaan Selangor untuk mengurangkan bekalan air berskala besar sehingga 500 juta liter sehari.

Ia kerana pengurangan itu akan menyebabkan 750 ribu buah rumah atau 3 juta pengguna terputus bekalan air melibatkan satu pertiga kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Syabas Kritik Khalid Isu Kekurangan Bekalan Air Selangor

Syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) “berterima kasih” kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengakui keadaan sebenar paras air di Selangor, sambil menambah bahawa Khalid tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai mengenai isu bekalan air di negeri itu.

“Syabas berterima kasih kepada Menteri Besar kerana akhirnya mengaku dan memberitahu tentang kebenaran mengenai kekurangan air yang berlaku di Selangor, walaupun beliau menafikan perkara ini banyak kali sebelum ini, dengan mengatakan bahawa bekalan air yang tidak cekap untuk pengguna,” kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V. Subramaniam.

Subramaniam, yang mengeluarkan kenyataan media pada Selasa menambah bahawa Syabas turut berterima kasih kepada Khalid kerana “akhirnya menghargai” peranan yang dimainkan oleh Syabas dan kakitangannya dalam situasi kritikal seperti meminta untuk mengadakan pelan catuan air yang dilakukan oleh Syabas dengan segera.

Beliau seterusnya berkata bahawa Khalid enggan untuk melaksanakan projek-projek yang akan mengurangkan masalah air di negeri ini, walaupun diberitahu mengenai krisis dan kekurangan air yang bakal berlaku sejak 2008.


“Khalid enggan melaksanakan banyak projek, pembangunan dan projek pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air yang dicadangkan oleh Syabas. Bagaimanapun, Menteri Besar telah mengarahkan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) untuk menafikan perbelanjaan modal oleh Syabas sejak 2008,” kata Subramaniam.

Subramaniam berkata, perbelanjaan modal yang dinafikan itu telah digunakan dalam projek-projek yang dirancang oleh Syabas untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem pengagihan air dan mengurangkan kadar kekurangan air sebagai air tidak terhasil.

Beliau menambah bahawa Khalid dengan kapasitinya mengetuai kerajaan Selangor gagal mematuhi Perjanjian Konsesi, dengan mengatakan bahawa Menteri Besar itu mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengawal dan membekalkan air mentah kepada konsesi yang mengendalikan loji rawatan air.

Bercakap mengenai catuan air, Subramaniam berkata, persediaan dilakukan berikutan penutupan dua loji rawatan air iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi loji yang telah dibentangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 18 Februari lalu.

Dua loji itu ditutup sejak 28 Januari akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat.

“Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri bersedia mengemukakan pelan untuk pengagihan air yang dijadualkan oleh SPAN pada 21 Februari ini,” kata Subramaniam.

Beliau menambah, dakwaan Khalid bahawa Syabas tidak menyediakan pelan pengagihan air berjadual adalah tidak benar kerana sebarang rancangan telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari.

“Rancangan terperinci untuk beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” kata Subramaniam.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...