Syak Waasangka: Hanya Peletakan Jawatan Najib Puaskan Mahathir - pakdin.my

“Dr Mahathir mempunyai banyak syak wasangka dan persoalan. Tetapi apabila jawapan diberikan, beliau enggan menerimanya malah menuduh mereka menipu.

najib-mahathir-borang-ahli-umno

Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersedia untuk menerima apa-apa penjelasan mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau mendakwa bekas Perdana Menteri itu hanya mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Dr Mahathir mempunyai banyak syak wasangka dan persoalan. Tetapi apabila jawapan diberikan, beliau enggan menerimanya malah menuduh mereka menipu.

“Jadi apa yang beliau harapkan? Tak menjawab soalan dikatakan ada yang tak kena, bila dah jawab dianggap penipu.

“Satu-satunya perkara yang boleh memuaskan Dr Mahathir adalah perletakan jawatan Najib. Apa-apa sahaja yang kurang daripada itu tidak boleh diterima,” kata Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menerusi blog.

Salleh berkata Dr Mahathir perlu membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai apa yang diketahuinya berhubung dakwaan salah laku di 1MDB.

“Beliau juga boleh menyerahkan semua bukti yang ada. Sudah tiba masanya Dr Mahathir berhenti bertanya soalan dan sebaliknya memberikan kita jawapan kepada soalan-soalannya,” katanya.

UTAMAEDITORIAL1MDBSyak Waasangka: Hanya Peletakan Jawatan Najib Puaskan Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium