SYARIKAT KERAJAAN MALAYSIA BELI 100% PROJEK BETTERSEA UK ADAKAH BERMAKNA NAJIB DAH BELI ENGLAND? - pakdin.my

PakaTun boleh tolong jawab?

Malaysia jual 24% kepentingan Bandar Malaysia kepada Syarikat China dikatakan Najib menjual negara.

Syarikat Malaysia beli 100% projek hartanah terbesar Bettersea di UK bermaksud Najib sudah beli England?


PROJEK BATTERSEA, LONDON CATAT JUALAN HAMPIR RM10 BILION

Projek pembangunan hartanah bekas stesen janakuasa ikononik di kota London, Battersea Power Station (BPS) oleh konsortium Malaysia, kini sudah mencatat jualan RM9.6 bilion.

Pemilik projek itu, konsortium diterajui SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hingga kini sudah membangunkan tiga fasa yang mana 99 peratus fasa satu sudah dijual, 90 peratus fasa kedua dan 50 peratus bagi fasa ketiga.

Pengerusi Battersea Project Holding Co Ltd (BPHCL), Tan Sri Liew Kee Sin, berkata pembangunan fasa lima, enam dan tujuh akan dimulakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun kerana kawasan tanah yang belum dimajukan itu menjadi tempat simpanan projek pembinaan sambungan laluan kereta api arah utara yang dijadualkan bermula pada Mac 2015.

Ketika ini, 55 peratus daripada kawasan tanah berkeluasan 16.19 hektar itu sudah dimajukan.

“Hartanah bernilai RM10 bilion dijual yang mana 60 peratus pembelinya adalah pemegang pasport United Kingdom sekali gus membuktikan penduduk tempatannya turut menerima projek itu serta pemilikan Malaysia ke atasnya,” katanya selepas lawatan Datuk Bandar London, Boris Johnson di Setia International Centre (SIC), Bangsar, di sini hari ini.

Projek BPS akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan tujuh fasa dalam tempoh 10 tahun dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM42.2 bilion.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual mengumumkan pemilihan reka bentuk bagi projek Malaysia Square di Battersea Power Station lewat hari ini.

UTAMABERITASYARIKAT KERAJAAN MALAYSIA BELI 100% PROJEK BETTERSEA UK ADAKAH BERMAKNA NAJIB DAH...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium