Syarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan simpanan yang besar - pakdin.my

#FaktaBukanAuta #DosaDosaMahathir #MalaysiaMemilih #PenyamunForex

Agak menggelikan hati bila Perdana Menteri Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak akan muflis kerana mempunyai simpanan yang besar seperti KWSP dan institusi lain (saya rasa dia maksudkan Petronas).

Mahathir cakap seolah-olah sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya dan membentuk Kerajaan, KWSP mempunyai simpanan yang kecil.

Ini juga bukti bahawa tuduhan wang KWSP disonglap atau disalahguna oleh Kerajaan sebelum ini tidak berasas.

Simpanan atau caruman KWSP meningkat setiap tahun:
???????? ???? ??????? ???? ????????? ?????? ?????:

2010: RM407.6 billion
2011: RM445.9 bilion
2012: RM489.3 bilion
2013: RM538.6 bilion
2014: RM598.6 bilion
2015: RM614.2 bilion
2016: RM704.3 bilion
2017: RM768.5 bilion

Sebahagian simpanan ini dilaburkan di dalam hutang (bon) Kerajaan kerana aset seperti bon Kerajaan mempunyai risiko yang sangat rendah dan menjamin pulangan yang konsisten kepada Kerajaan.

Jumlah pelaburan KWSP di dalam hutang (bon) atau sekuriti kerajaan adalah:
?????? ????????? ???? ?? ????? ?????? (???) ???? ???????? ???????? ??????:

2010: RM118.5 bilion
2011: RM124.6 bilion
2012: RM131.7 bilion
2013: RM145.8 bilion
2014: RM151.8 bilion
2015: RM163.5 bilion
2016: RM163.5 bilion
2017: RM187.7 bilion

Daripada pelaburan di dalam hutang kerajaan ini, KWSP menerima pendapatan stabil dan konsisten setiap tahun berbanding pasaran saham yang tidak menentu (volatile). Jadi apabila pasaran saham tidak memberangsangkan, KWSP tetap menerima pulangan daripada hutang kerajaan melalui faedah yang dibayar setiap tahun (2 tahun sekali).

Sebab itu saya kata bila Tabung Harapan diwujudkan untuk mengutip sumbangan bagi tujuan membayar hutang negara sahaja, ianya sesuatu yang tak logik dan tak masuk akal kerana anda menyumbang wang untuk membayar hutang negara kepada diri anda sendiri melalui dividen yang dibayar KWSP setiap tahun.

Tetapi agak menggerunkan juga bila teringat simpanan-simpanan seperti ini digunakan untuk menyelamatkan (bail out) kroni dan keluarga seperti yang berlaku 20 tahun lepas seperti Petronas melalui MISC yang menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad milik anak Mahathir, Mirzan dan juga KWSP yang digunakan untuk menyelamatkan Time Dot Com, syarikat LRT yang asalnya milik kroni.
https://pakdin.my/?s=Mahathir+kroni
https://pakdin.my/najib-jangan-jarah-dana-petronas-atau-bagi-misi-bail-outs/

??????? ???????? ????????, ??????? ?????????? ??? ??? ????? ????? ???????? ????? ??? ????-??????? ?????? ???? ?????? ?????? ???? ????????? ???????? ???? ??????. ?

Rujukan:

1. Dr Mahathir kata Malaysia tak akan muflis di bawah Pakatan – The Malaysian Insight:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53983

2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – Bank Negara Malaysia:
http://www.bnm.gov.my/files/publication/msb/2018/4/xls/5.3.xls

3. MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son – Wall Street Journal:
https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215979736984271&id=1173231958

UTAMAEKONOMISyarikat kroni Mahathir tidak akan muflis kerana Najib tinggalkan simpanan yang besar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium