25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Syarikat luar bolot tender di Kedah

Jurucakap kontraktor bumiputera Kedah dan Perlis mendedahkan tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri Kedah dan Perlis dibolot oleh syarikat-syarikat kroni dan kebanyakkan syarikat-syarikat itu adalah dari Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap kontraktor Kedah dan Perlis, kebanyakkan syarikat luar yang dilantik tidak memenuhi kriteria tender dan tiada kelengkapan serta aset untuk menjalankan tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri Kedah dan Perlis.

Tindakan ini jelas membuktikan bahawa memang berlaku salah guna kuasa oleh pengurusan syarikat Environment Idaman dalam pemberian tender kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri itu.

Apa yang dikesali adalah, syarikat Environment Idaman telah memanggil pula kontraktor-kontraktor lama dalam satu mesyuarat baru-baru ini agar meminjamkan aset-aset, pekerja dan kelengkapan kepada kontraktor-kontraktor yang baru dilantik.

Beliau merayu agar siasatan segera dapat dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas syarikat Environment Idaman dan pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya.

Rujukan:
Rujukan:
1. Memorandum kepada Tun M minta SPRM siasat pemberian tender kutipan sampah
https://pakdin.my/memorandum-kepada-tun-m-minta-sprm-siasat-pemberian-tender-kutipan-sampah

2. Skandal penyelewengan tender Negeri Kedah , kakitangan kena ugut
https://pakdin.my/skandal-penyelewengan-tender-negeri-kedah-kakitangan-kena-ugut/

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.