24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Syarikat Telekomunikasi Wajar Kurangkan Caj Perkhidmatan – MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Isnin meminta sayarikat-syarikat telekomunikasi (telco) untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka serta menurunkan kadar caj yang dikenakan, bukannya membebankan rakyat dengan mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata adalah tidak adil bagi syarikat-syarikat berkenaan mengenakan cukai itu kepada pengguna sedangkan mereka dengan mudah boleh menyerapnya dan masih mengaut keuntungan besar.

Beliau mengulas mengenai langkah syarikat telco untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar mulai Khamis ini.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan untuk mengenakan cukai itu tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Balasubramaniam berkata cukai itu akan menjadi beban yang besar kepada pekerja biasa memandangkan mereka adalah golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan telefon pra-bayar.

“Pekerja kini terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan dengan upah yang murah, oleh itu cukai tambahan pasti akan menambah beban kepada mereka,” katanya.

Beliau mencadangkan sebagai warga korporat yang baik, syarikat telco boleh mengurangkan beban masyarakat dengan menyediakan caj panggilan yang murah dan liputan yang lebih luas.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.