Syed Saddiq bukan lagi Ahli parti – PPBM Bahagian Muar - pakdin.my

PEMBETULAN KENYATAAN BERSATU MUAR

Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa bahawa Bersatu Bahagian Muar menolak pemecatan beliau.

Kami ingin menjelaskan bahawa kami hadir dalam perbincangan dengan beliau hanyalah atas dasar menghormati adab Melayu. Tetapi kenyataan tersebut tidak melambangkan pandangan kami dengan tepat kerana beliau bukan lagi ahli parti.

Kami tegas bahawa semua urusan parti mestilah berdasarkan perlembagaan parti. Maka oleh kerana parti telah mengumumkan bahawa keahlian YB Syed Saddiq telah gugur, kami akur dengan pandangan tersebut.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa baik YB Syed Saddiq selama ini. Kami akan meneruskan agenda memperkasa parti dan kami akan berbincang dengan ibu pejabat parti mengenai langkah seterusnya.

1. Tuan Haji Ahmad Bin Atan
Pengerusi Tetap Bahagian

2. En Shamsudin Bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian

3. En Basut Bin Nin
Timbalan Ketua Bahagian

4. Dato’ Haji Zainudin Bin Sayuti
Naib Ketua Bahagian

5. Tuan Haji Abu Bakar Al-Siddik Bin Ahmad
AJK Bahagian

6. En Jamil Bin Mohd Noh
AJK Bahagian

7. En Edzhar Bin Jasmary
AJK Bahagian

8. En Khairil Anuar Bin Md Noh
AJK Bahagian

9. En Mohammad Hatta Bin Mahfodz
AJK Bahagian

10. Puan Kamariah Binti Baharom
AJK Bahagian

11. Tuan Haji Mohd Sailan Bin Daim
AJK Bahagian

12. Tuan Haji Mohd Hisyam Bin Othman
AJK Bahagian

13. En Mohd Jasmi Bin Haji Awang
AJK Bahagian

UTAMAPOLITIKSyed Saddiq bukan lagi Ahli parti - PPBM Bahagian Muar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium