Syed Saddiq diarah isytihar harta dalam siasatan RM250,000 hilang - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian siasatan ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya.

Sumber berkata, arahan itu dibuat ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan rasuah.

“Kami memberi beliau masa untuk mengemukakan butiran kerana negara kini di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat,” kata sumber kepada FMT.

Katanya, ini turut menjejaskan usaha SPRM untuk mendapatkan maklumat dari bank kerana pegawai terpaksa bekerja dari rumah.

Setakat ini, katanya, keterangan sudah diambil daripada 3 lagi individu yang ada kaitan dengan bekas menteri belia dan sukan itu.

“Kami boleh melengkapkan siasatan secepat mungkin.”

Bulan lalu, Syed Sadiq dan 2 yang lain dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Syed Saddiq diminta menyerahkan dokumen bank untuk membantu siasatan itu.

SPRM melancarkan siasatan susulan aduan berkaitan kehilangan wang tunai milik ahli Parlimen Muar itu.

Beliau membuat laporan polis pada 29 Mac lalu, mendakwa wang itu disimpan dalam peti keselamatan di rumahnya.

Katanya, hanya beberapa orang tahu kod peti keselamatan itu yang kali terakhir dibukanya pada 13 atau 14 Mac lalu.

Beliau enggan menjawab spekulasi berhubung insiden itu, termasuk laporan media yang wang itu milik PPBM.

https://youtu.be/v8uzh1VzPIQ

UTAMAPOLITIKSyed Saddiq diarah isytihar harta dalam siasatan RM250,000 hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium