Syed Saddiq isytihar perang dengan TMJ? – DMJ

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta beliau menerima kritikan rakyat adalah tidak sopan, biadap dan seolah-olah mengisytiharkan perang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Kesihatan, Prasarana dan Alam Sekitar Dewan Muda Johor (DMJ), Abdullah Thawab Kassim berkata, ciapan Ahli Parlimen itu juga seolah-olah menggalakkan rakyat mengecam dan mengkritik Tunku Ismail secara terbuka.

“Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ahli Parlimen Muar, TMJ merupakan Pemangku Raja Johor dan membenarkan kritikan terhadap beliau secara terbuka seperti itu seolah-olah menghalalkan kritikan dan kecaman masyarakat terhadap Institusi Diraja Johor secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah Thawab turut mempersoalkan kepada siapa frasa “tidak perlu memperlekeh, menggugut atau mencaci” itu ditujukan kerana seolah-olah ia menyatakan bahawa Tunku Ismail melakukan perbuatan memperlekeh, mengugut dan mencaci.

Sehubungan itu, Syed Saddiq dicabar untuk membuktikan kenyataan mana Tunku Ismail berbuat demikian kerana adalah tidak patut menuduh tanpa usul periksa.

Tambahnya, sebagai rakyat Johor, DMJ semakin hilang rasa hormat kepada Syed Saddiq kerana sebagai Yang Berhormat berasal dari negeri ini beliau seharusnya menghormati Institusi Diraja Johor tetapi tindakan yang dibuat adalah sebaliknya.

“Apa yang Ahli Parlimen Muar ini lakukan jelas menunjukan satu sisi buruk yang akan memberikan pengaruh negatif dan tidak sihat kepada anak muda seperti saya dan ramai lagi di luar sana.

“Justeru, Syed Saddiq dituntut memohon maaf secara terbuka kepada TMJ dan seluruh rakyat Johor atas sikap dan tingkah laku Yang Berhormat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

http://pakdin.my/tag/tmj

Loading...

25 KOMEN

  1. Begini sajalah,
    TMJ ada pandangan nya,
    SS juga ada pandangan nya,kalau marah pun,duduk dan fikir sejenak,adakah tindakan aku ini dapat merobah keadaan,adakah ianya akan mengeruhkan ,merumitkan lagi keadaan.
    Duduk jap,tidur ke jap,tapi jangan bertindak ketika api kemarahan sdg membakar…….takut sesal tak sudah.
    Fikir2kan lah.

    • Mohsir Aman kalo raja johor diganggu bkn setakat rakyat johor akan bangkit.. Pastinye rakyat malaysia akan bangkit mempertahankan raja2 kite.. Tidak kira dari negeri mane..sy org pahang jg akan terus menyokong penuh raja johor.. Demi melayu n islam..

  2. Aritu SS kata langkah mayat nya dulu sebelum mengapa2 Tun,berani,bagus tu,tp berani biarlah bijak,bertindak biar berakal,kira untung ruginya,takut dikemudian hari kita menangis tidak berlagu apabila melihat orang lain bertepuk riang,sedangkan kita menanggung sesakitan….
    Fikir2kan lah wahai anakmuda….

  3. Melayu tolak pH sebab: 1. Dap kuasai ph, melayu ph ditunggangan Dap 2. Kos naik hj BN rm9090 PH rm22900. 3. Berbohong manifesto pru14 hapus ptptn, tol, 4. Usir melayu dpa rumah, pp 5. Ph islam/ melayu liberal 6. Ph jual aset negara TH, LTAT, Felda, Felcra, khazanah, 7. Ph nak hapuskan sistem beraja, keistimewaan bumipitra, samarata agama 8. Ph tidak beri bantuan kpd petani, peladang, nelayan.9 ph lantik pegawai tertinggi orang2 kafir.10. PH tidak bantu murid sekolah n pelajar kolej n universiti.11. Ph mengiktiraf uec yg berkiblatkan taiwan bertentangan perlembagaan.12. PH abaikan Usahawan bumiputra dlm kontrak kerajaan.13. PH tt Dekrasi Rome – menghina Sultan2

  4. Org suh buat kerja pembangunan sokan ko sebuk dengan hal lain..
    Betul sngat la ramalan ni..
    SEBELAS ORANG MENTERI PH YANG PATUT LETAK JAWATAN

    (MB JOHOR OSMAN SAPIAN AKHIRNYA LETAK JAWATAN)

    Oleh: ISHAM JALIL

    Saya baru dimaklumkan bahawa Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam.

    Perkara ini diumum oleh Perdana Menteri Tun Mahathir sejam tadi di Parlimen.

    Tun Mahathir berkata buat sementara waktu ini Johor tiada Menteri Besar dan beliau sedang mencari pengganti. Ini bermaksud perletakan jawatan MB ini berkuatkuasa serta merta.

    Saya juga dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Johor telah lama membuat keputusan untuk menukar MB.

    Oleh itu sebelum MB Osman Sapian ini dipecat secara paksa, eloklah beliau meletakkan jawatan.

    Ini susulan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri Johor di bawah PH dan MB Osman Sapian dan kegagalan menguruskan krisis pencemaran di Pasir Gudang baru-baru ini yang mengakibatkan beribu rakyat johor jatuh sakit kerana diracun oleh gas merbahaya.

    Semasa krisis gas beracun sedang memuncak, beliau telah pergi ke Batam dan meninggalkan tanggungjawab beliau di Pasir Gudang.

    Osman Sapian juga mempunyai masalah tuduhan menipu sijil kelulusan ijazah yang sehingga kini tidak terjawab.

    Saya berpandangan terdapat sekurang-kurangnya 11 orang Menteri atau Timbalan Menteri serta anggota pentadbiran Kerajaan PH yang perlu meletakkan jawatan juga supaya mereka tidak lagi memberi kesan yang buruk dan mendatangkan musibah kepada rakyat.

    Menteri-menteri ini adalah seperti berikut:

    1. YB Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri: Menandatangani Statut Rom tanpa merujuk Majlis Raja-raja dan Parlimen dan mencadang supaya Malaysia meratifikasi ICERD yang memberikan kesan kepada kedaulatan negara dan pengaruh kuasa asing.

    2. YB Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar Negeri: Kes ijazah terbang beliau dari “Cambridge”.

    3. YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan: Kes beliau atau pihak beliau cuba mengelirukan atau menipu rakyat tentang ijazah dan kelulusan beliau.

    4. YB Mahfuz Omar, Timbalan Menteri JPM: Tiada ijazah dan kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaannya.

    5. YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan: Tiada ijazah.

    6. YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan: Kes yang beliau atau pihak beliau cuba menipu rakyat berkenaan kelayakan akauntan profesional beliau. Meranapkan ekonomi negara sehingga pelabur lari dan pasaran saham merudum. Kes rasuah terowong dan rumah bungalow beliau.

    7. YB Teresa Kok, Menteri Komoditi: Tidak kompeten, dasar-dasar tidak bijak seperti kempen sawit, menoreh musim tengkujuh etc.

    8. YB Yeo Bee Yin, Menteri Alam Sekitar: Tidak kompeten, terutama dalam pengurusan krisis pencemaran Pasir Gudang.

    9. YB Maszlee, Menteri Pendidikan: Tidak kompeten, dasar-dasar pendidikan yang trivial seperti warna kasut dan stokin etc.

    10. YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan: Tidak kompeten, tiada pengalaman, tiada kesan ke atas dasar sukan; oleh itu membazir wang rakyat untuk membayar gaji beliau berpuluh ribu sebulan yang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.

    11. YB Waythamoorthy, Menteri Perpaduan: Pernah memberikan ucapan perkauman dan menerukkan keadaan hubungan kaum di Malaysia.

    Sekiranya mereka-mereka ini terus berada dalam Kabinet, maka Malaysia Baharu ini menuju ke arah musibah dan kesusahan kepada rakyat.

    Kita perlu menukar mereka ini atau menukar kerajaan supaya rakyat tidak terus terbeban dengan ketidakcekapan mereka atau oleh kerosakan yang dibawa oleh dasar-dasar dan keputusan mereka.

    ISHAM JALIL
    9 April 2019

    https://www.facebook.com/220524935369705/posts/439414703480726?sfns=mo

Comments are closed.