Syed Saddiq isytihar perang dengan TMJ? – DMJ - pakdin.my

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta beliau menerima kritikan rakyat adalah tidak sopan, biadap dan seolah-olah mengisytiharkan perang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Kesihatan, Prasarana dan Alam Sekitar Dewan Muda Johor (DMJ), Abdullah Thawab Kassim berkata, ciapan Ahli Parlimen itu juga seolah-olah menggalakkan rakyat mengecam dan mengkritik Tunku Ismail secara terbuka.

“Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ahli Parlimen Muar, TMJ merupakan Pemangku Raja Johor dan membenarkan kritikan terhadap beliau secara terbuka seperti itu seolah-olah menghalalkan kritikan dan kecaman masyarakat terhadap Institusi Diraja Johor secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah Thawab turut mempersoalkan kepada siapa frasa “tidak perlu memperlekeh, menggugut atau mencaci” itu ditujukan kerana seolah-olah ia menyatakan bahawa Tunku Ismail melakukan perbuatan memperlekeh, mengugut dan mencaci.

Sehubungan itu, Syed Saddiq dicabar untuk membuktikan kenyataan mana Tunku Ismail berbuat demikian kerana adalah tidak patut menuduh tanpa usul periksa.

Tambahnya, sebagai rakyat Johor, DMJ semakin hilang rasa hormat kepada Syed Saddiq kerana sebagai Yang Berhormat berasal dari negeri ini beliau seharusnya menghormati Institusi Diraja Johor tetapi tindakan yang dibuat adalah sebaliknya.

“Apa yang Ahli Parlimen Muar ini lakukan jelas menunjukan satu sisi buruk yang akan memberikan pengaruh negatif dan tidak sihat kepada anak muda seperti saya dan ramai lagi di luar sana.

“Justeru, Syed Saddiq dituntut memohon maaf secara terbuka kepada TMJ dan seluruh rakyat Johor atas sikap dan tingkah laku Yang Berhormat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://pakdin.my/tag/tmj

UTAMAPOLITIKSyed Saddiq isytihar perang dengan TMJ? - DMJ

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium