Syed Saddiq isytihar projek RM300 juta bukan rasuah politik?

Menteri Belia dan Sukan isytihar RM300 juta baik pulih kemudahan sukan jelas ada ‘rasuah politik’ dalam PRK Parlimen Kimanis.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu bukti ia berlaku yang terus dilakukan Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam PRK lain sebelum ini.

Lebih-lebih lagi pengumuman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilakukan bersama calon PH, Datuk Karim Bujang.

“Selain itu program cabutan bertuah yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan oleh pihak Warisan-PH juga jelas bercanggah dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terang Asyraf Wajdi, menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak berjanji memberikan balasan wang atau sesuatu bernilai kepada pengundi bagi mendorong mereka memilih mana-mana calon.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda antara RM1,000 hingga RM5,000. Harap pihak SPR ambil perhatian!” tegasnya lagi.

……….
Syed Saddiq umum RM300 juta baik pulih kemudahan sukan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan umum peruntukan untuk baik pulih dan naik taraf kemudahan sukan luar bandar berjumlah RM300 juta.

Perkara itu dimumkan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas bermesra dengan warga Kimanis dalam lawatannya di sana.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada peruntukan besar itu dikhaskan kepada Kimanis sahaja ataupun luar bandar seluruh negara.

“Saya telah memperuntukkan RM300juta untuk tujuan membaik pulih & naik taraf infra sukan luar bandar. Sukan milik semua.

“Together, we will help rebuild Sabah together! Vote Warisan!,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Parlimen Kimanis dan turut mengadakan perlawanan bola sepak dengan penduduk di sana.

“Terima kasih warga Kimanis kerana sudi bersama dalam perlawanan bola sepak.

Ini kali ketiga saya ke Kimanis dalam tempoh masa setahun. Saya sangat selesa bila turun padang ke Sabah,” ujarnya. – SM