29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU

Arab Saudi pun pernah dituduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice.

Malah dalam laporan ‘911 commission report’ terdapat 28 muka surat yang ‘diharamkan untuk diterbitkan’ selama 14 tahun, yang mana menjadi ‘modal’ pelobi dan pembenci negara Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911.

Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul “A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40).

Ternyata, 28 muka surat tu dah ‘declassified’, baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911.

Justeru itu..sebaran berita dari Amerika Syarikat ini harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mudah mempercayainya. Ingatlah dulu, mereka pernah tuduh Iraq mempunyai ‘weapon of mass destruction – (WMD)’. Namun apabila negara itu musnah, barulah mereka akui bahawa mereka tersilap.

Apa-apa pun berhati-hatilah dalam menilai berita. Terutama sekali dari Amerika Syarikat.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujurat, ayat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan