Tabung Haji: Amanah apa yang tidak saya tunaikan? – Najib Razak

Saya terbaca komen penyokong PH dalam hantaran saya sebelum ini yang tuduh bila BN diberi amanah untuk Tabung Haji, kita tidak tunaikan.

Saya beri sedikit fakta kepada sahabat-sahabat untuk menilaikan.

Sepanjang tempoh saya PM, purata kadar hibah tahunan Tabung Haji adalah 6.75%.

Paling rendah ialah kadar 5% pada tahun 2009 iaitu tahun pertama saya jadi PM.

Paling tinggi adalah 8.25% pada tahun 2015.

Tahun sebelum PRU14 iaitu tahun 2017, kadar Hibah ialah 6.25%.

Sepanjang tempoh ini juga, pasaran saham Malaysia diiktiraf dunia sebagai world’s longest bull-run market iaitu pasran saham yang menaik untuk tempoh paling lama.

Tak sama dengan PH yang menjadikan pasaran saham kita kepada paling corot dalam dunia sehingga Tabung Haji rugi teruk dan Hibah turun ke 1.25% untuk tahun 2018.

Nilai aset Tabung Haji juga naik 3.5 kali ganda dalam temph saya PM.

Naik dari RM21.1 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM74 bilion pada akhir tahun 2017.

Sepanjang tempoh saya PM, kita juga memberi banyak peluang dan projek untuk Tabung Haji menjana keuntungan.

Sepanjang tempoh ini juga, tidak ada seorang pencarum yang layak mengeluarkan simpanan mereka ditolak atau dinafikan.

Tabung Haji turut mendapat kuota Haji tambahan setiap tahun bermula tahun 2010 kerana hubungan baik kita dengan Arab Saudi.

Kuota Haji tambahan untuk tahun 2019 ini belum pasti lagi kerana masih tidak dilulus oleh Arab Saudi.

Tabung Haji juga mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada Jemaah setiap tahun pada tempoh kita kerajaan termasuk membina Kompleks Tabung Haji KLIA yang besar dan selesa.

Malah, kos tunaikan Haji dari Tabung Haji juga tak pernah naik sepanjang tempoh ini.

Masih kekal RM9,980 seorang sejak tahun 2009.

Ramai Jemaah juga yang kerajaan BN sponsor untuk tunaikan Haji secara percuma.

Kesemua di atas bukan hanya untuk 1 tahun sahaja tetapi konsisten untuk tempoh sepanjang 9 tahun.

Amanah apa untuk Tabung Haji yang kita tak tunaikan?

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/tabung-haji