Tabung Haji Bantu Pengurusan Agihan Air Zam Zam - pakdin.my

Tabung Haji Bantu Pengurusan Agihan Air Zam Zam

Projek Air Zam Zam Raja Abdullah sedang mencari jalan terbaik untuk tidak mengenakan kos pengeluaran bagi membolehkan air zam zam diberi percuma.

Pada masa ini, jemaah Haji dibekalkan air zam zam percuma selepas selesai ibadah Haji.

Manakala di luar musim Haji ia dikenakan caj bagi menampung kos pengeluaran air terbabit.

Kilang pengeluaran air zam zam ini mula beroperasi pada tahun 2009.

Ia mampu mengeluarkan 200,000 botol dengan isi padu 10 liter setiap hari.

Projek ini terletak di Kuday, empat kilometer dari Masjidil Haram.

Projek ini dilaksanakan bagi menentukan ketulenan air zam zam dipelihara dan mengatasi masalah jualan air yang palsu.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji, Dato Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Malaysia adalah satu-satu negara yang membuat penghantaran awal air zam zam sebelum jemaah pulang ke tanah air.

Pengarah Projek Air Zam Zam Raja Abdullah, Saeed Al-Wadie berkata usaha Tabung Haji ini banyak membantu pengurusan pengagihan air zam zam kepada para jemaah.

Laporan Fuad Abdul Rahman dari Mekah Al-Mukaramah.

 

UTAMABERITATabung Haji Bantu Pengurusan Agihan Air Zam Zam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium