Semenjak-dua menjak ini, banyak berita dan khabar angin yang disebarkan berkaitan Tabung Haji di laman sesawang dan media sosial oleh golongan tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik dan peribadi semata-mata.
Penyebaran kenyataan yang tidak tepat dan tanpa usul periksa kemudiannya mewujudkan suasana tidak tenteram dan tidak percaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap institusi-institusi kewangan dan kebajikan Islam.
Jika ada dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan kenyataan tidak tepat ini sehinggakan mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Haji, ini amat mendukacitakan saya kerana mengikut terma yang telah ditetapkan, pelabur-pelabur kini mengalami bukan sahaja kerugian dari segi pulangan pelaburan dan simpanan malah dari segi peluang untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah.
Satu daripada peranan Tabung Haji adalah sebagai badan pelaburan dana Islam yang membolehkan umat Islam di Malaysia menyimpan serta melabur wang simpanan tersebut secara halal, berteraskan syariat Islam.
Disebabkan pelbagai kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, sekiranya ada umat Islam yang bertindak mengeluarkan simpanan mereka kini tidak dapat lagi menikmati pulangan oleh Tabung Haji.
Lebih malang lagi, mereka yang berbuat sedemikian juga mungkin kehilangan giliran menunaikan haji.
Kita tidak boleh lupakan bahawa peranan besar Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1963 adalah dengan matlamat utamanya membolehkan rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.
Kerajaan telah dan akan terus berusaha untuk membolehkan seramai mungkin umat Islam di Malaysia berupaya menunaikan fardhu haji, salah satu caranya melalui subsidi bagi mereka yang menunaikan haji buat kali pertama.
Bagi tahun 1437H, kos sebenar menunaikan haji adalah RM18,890 seorang, tetapi jumlah yang perlu dibayar oleh bakal haji cuma RM9,980. Selebihnya sebanyak RM8,910 ditanggung oleh Tabung Haji.
Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kos menunaikan haji bagi rakyat Malaysia ini adalah antara yang paling rendah.
Alhamdulillah, hasil hubungan diplomatik erat antara kedua negara juga, Kerajaan Arab Saudi dari semasa ke semasa telah memberikan kita kuota tambahan. Tahun lalu misalnya, kita telah menghantar tambahan sebanyak 2,100 lagi jemaah haji muassasah, di atas kuota asal sebanyak 22,320.
Walaupun begitu, Insya-Allah, pada masa sama, kerajaan akan terus berusaha untuk menambah lagi kuota jemaah haji Malaysia.
Setiap kali lawatan saya ke Arab Saudi, mereka sering memuji pengurusan haji cemerlang oleh Malaysia, dan juga sahsiah diri jemaah haji Malaysia yang sangat berdisiplin dalam beribadah dan menunaikan kewajiban kepada Allah SWT.
Bukankah teramat rugi dan sayang sekali, seandainya semua kerja keras, hubungan baik, pengiktirafan serta kelebihan menunaikan ibadah yang kita terima ini sia-sia akibat kenyataan tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh ahli politik dan pengguna media sosial?
Ada yang telah menyimpan lama di dalam Tabung Haji, sudah menghampiri umur senja, tetapi dek termakan kenyataan berbelit-belit, hilang giliran menunaikan haji mereka. Bukankah teramat rugi dan sayang sekali?
Saya faham ada sesetengah pihak yang berniat mencatur langkah politik dengan mempermainkan serta mencetuskan kebencian rakyat namun saya nasihatkan agar kesemua ini dihentikan.
Janganlah jadikan penyebaran yang berunsurkan politik jahat sebagai budaya kita. Janganlah sehinggakan ada yang kerugian seperti dalam hal ini yang nyaris mengakibatkan umat Islam hilang pendapatan dan peluang menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Wallahu’alam.
Tabung Haji dan Rukun Islam Kelima https://t.co/yqK1SkWmh5
Tabung Haji dan Rukun Islam Kelima https://t.co/UOsnCz29bU
Tabung Haji dan Rukun Islam Kelima https://t.co/PGYll2NnAQ
Hasnah Mohdhafzi liked this on Facebook.
Serina Jaafar liked this on Facebook.
Pernah dengar bangsa lain memburukkan malah berusaha meruntuhkan sistem kewangan yang bnyak memberi manfaat pada mereka……malah mereka akan mempertahankan dan memajukan lagi…..kita?
Biasala keturunan PHD…..Banyak yg fitnah dan memburukkan bangsa dan agama Islam….Melayu Selam….
Mat Pe-Ning liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Tabung Haji dan Rukun Islam Kelima: Semenjak-dua menjak ini, banyak berita dan khabar angin yang disebarkan be… https://t.co/kZPmlAAoLg
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
wow sembang psl haji pdhal kaki buat fitnah..kaki ampu..lanjiou la admin!!!!
Ahmad Kamal Nizam Abdullah liked this on Facebook.
Wan Yahya liked this on Facebook.
Ahmad Fitri liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Zamri Brozek liked this on Facebook.
Shofi Rashid liked this on Facebook.
Malek Gringgo liked this on Facebook.
Mohd Arzrin Mad Aris liked this on Facebook.
Mohd Idrus liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Bob Nazli liked this on Facebook.
Man Sor Z liked this on Facebook.
Azlan Md Shabri liked this on Facebook.
Amieyn Razak liked this on Facebook.
Hamid Bakri liked this on Facebook.