Tabung Haji: Propaganda untuk menyerang BN

Saya menerima maklumat (termasuk gambar yang saya lampirkan) bahawa:

1. Kejatuhan nilai aset TH untuk tahun lepas adalah paling serius pada suku ke-4 di mana nilai aset jatuh RM5.4 bilion dalam suku itu sahaja.

Antara sebab mengapa kejatuhan paling teruk pada suku ke-4 ialah propaganda PH untuk menyerang BN.

2. Defisit sebenar TH pada akhir tahun 2018 adalah RM10.9 bilion akibat kejatuhan nilai saham.

Kemudian, kerajaan PH menggunakan “creative accounting” dengan menilai semula aset TH untuk naik sebanyak RM11.9 bilion supaya defisit RM10.9 bilion bertukar menjadi lebihan RM1 bilion dan Hibah boleh dibayar.

Ini juga bermakna Hibah yang dibayar sepatutnya boleh lebih tinggi lagi jika mereka mahu dengan kaedah “creative accounting” ini.

Kalau boleh ditukar kepada lebihan RM1 bilion, maka senang juga naikkan kepada RM3 bilion.

Yang paling sedih ialah propaganda PH pada suku ke-4 tahun lepas untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kepada kemusnahan kepada TH.

(Ini ialah langkah Guan Eng mengumumkan hutang Malaysia tiba-tiba menjadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.)

Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya.

Pada 11 Disember 2018, saya telah menyoal langkah PH berbuat demikian dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah kurang bijak dan tentu akan membahayakan TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155762589290952/

Saya terbukti betul kerana pada 14 Disember 2018, media perniagaan melaporkan bahawa para pelabur telah mula menyebarkan satu senarai dengan saham-saham yang dimilik oleh TH supaya pelabur-pelabur senang untuk menjual.

Sila baca ini:
14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji
https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

““Investors will be very cautious. There are lists going down. We ourselves circulated a list of counters that are substantially owned by TH. People want to sell before TH sells”

Oleh itu, pelabur-pelabur pun jual saham-saham tersebut beramai-ramai dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH jatuh lagi sebelum TH ada peluang untuk jual.

Akibatnya, saham yang dimilik oleh TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.

Sekali lagi, ini membuktikan bahawa kerajaan PH suka membuat benda yang menyusahkan Rakyat.

(TH dan PH, sila keluarkan kenyataan untuk menafikan kesahihan gambar yang saya lampir di sini.)

Facebook Najib Razak

http://pakdin.my/tag/tabung-haji