Tabung Haji: Rejim PH sengaja jatuhkan saham untuk ambil alih aset - pakdin.my

Tabung Haji ni semakin dibaca, semakin menyakitkan hati. Kecewanya berganda-ganda bila lalu pulak status atau komen yang seronok benda ni jadi dekat TH atas dasar kononnya berlaku salah laku.

Den menulis ni bukan nak defend TH. Buatlah apa saja.

Den menulis ni sebab nak luahkan rasa.

Tahun lepas masa TH mengumumkan pengurangan pembayaran hibah, menderu-deru ahli politik Pakatan Harapan terutamanya Rafizi serang TH. Kata TH songlap, TH rugi bagai sampai diajak penyimpan keluarkan duit.

Serangan tu begitu hebat, sampai TH, untuk mengelakkan berlakunya bank run, terpaksa bayar hibah seperti yang orang awam mahukan.

Dan minggu ini, isu ini digunakan sendiri oleh Pakatan Harapan untuk tembak TH. Dikatakan TH ada penyelewengan sebab bayar hibah.

Ni kalau bukan celaka, apa dia?

Masa TH tahun lepas kata hibah kurang kau serang, sekarang kau gunakan isu TH bagi hibah terlebih (yang kau sendiri paksa sebelumnya) untuk kau serang juga.

Macam haram perangai.

Kau sendiri tahu hibah tu dalam Islam konsepnya tak tetap. Ia bukan dividen. Kau sendiri tahu kalau tiada lebihan, TIDAK ADA kewajipan TH untuk bayar hibah.

Tapi kau tetap menipu. Kau gunakan juga isu tu untuk tembak TH.

Dan sekarang digunakan pula isu perbezaan RM4.1billion current asset dengan liabiliti untuk menghalalkan pemindahan RM19.9billion aset.

Alasannya adalah saham yang tak perform di bawah 20% akan dipindah ke SPV. Nak perform macam mana? Memang semenjak peralihan kuasa kerajaan PH berterusan menjatuhkan Bursa Negara.

Ini macam sendiri buat untuk sendiri dapat untung. Tak celaka ke ni?

Alasan untuk hartanah pula yield yang kurang dari 2% kena pindah ke SPV. Langsung tanah di tengah-tengah KL milik TH iaitu TRX dipindah milik.

Kau gila ke apa? Tanah tu tanah plot. Plot untuk development TRX dan Bandar Malaysia. Yield apa benda. Tunggu development naiklah baru ada yield.

Nampak tak kebobrokan alasan bodoh-bodoh ni hanya untuk menghalalkan pertukaran aset.

Dahlah nilaiannya tak setara, defisit RM4.1billion, tapi yang dipindah RM19.9billion. Diguna pula alasan bodoh seperti saham jatuh 20% (yang memang dibuat sendiri) dan yield property bawah 2% untuk tanah plot development.

Apa logiknya ni?

Tanah TRX tu tanah premium. Bukan saja tengah KL, bahkan di tengah-tengah pembangunan hub kewangan Asia Tenggara.

TH beli pada RM189juta. Cuba teka berapa GDV atau pulanggannya nanti? Expected RM1.2billion tau.

Kerajaan dulu bagi tanah tu dekat TH, bukan hanya untuk untungkan TH Properties, malah supaya dalam projek TRX dan Bandar Malaysia tu ada pegangan institusi Melayu dan Islam.

Now dipindahkan.. TH dapat apa? Berapa cash TH dapat?

TH dapat sukuk je.

Haihh.. Malas lah nak tulis lagi. Lantaklah kome. Lepas ni aset-aset lain pula. Ikut sukalah.

#fb Mohd Jamalee(The Patriot)

https://pakdin.my/tag/tabung-haji

UTAMAEKONOMITabung Haji: Rejim PH sengaja jatuhkan saham untuk ambil alih aset

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium