TABUNG HAJI TANGGUNG KOS SUBSIDI JEMAAH RM200 JUTA TAHUN DEPAN – NAJIB - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan berbanding RM160 juta tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menyifatkan kos tanggungan itu adalah sebahagian daripadausaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia selain membantu umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu.

“Meskipun kos pengurusan Haji meningkat saban tahun, seperti mana pada tahunhadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang, kadar bayaran Haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009, masih kekal RM9,980 seorang.

“Malah, lebih daripada itu, Tabung Haji turut memberikan subsidi buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog rasmi beliau,najibrazak.com, Rabu.

Menurutnya urusan jemaah haji juga jauh lebih mudah dan ringkas melalui Tabung Haji, yang memberikan ruang buat umat Islam menyimpan wang secara beransur-ansur untuk melengkapkan perbelanjaan ke tanah suci Makkah.

Najib berkata Tabung Haji turut berperanan mengatur dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Kota Makkah selain memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan mereka terpelihara ketika menunaikan fardhu Haji.

“Menunaikan haji adalah sebahagian daripada rukun Islam dan kerajaan amat prihatin dan sedar bahawa umat Islam di Malaysia menyimpan hasrat mengunjungi tanah suci sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti.

“Dahulu, umat Islam di Malaysia terpaksa menyimpan berpuluh tahun lamanya, ada yang terpaksa menjual barangan kemas, harta benda dan haiwan ternakan untuk mengumpul wang simpanan bagi menziarah tanah suci Makkah,”kata beliau.

20160914-jemaah-haji-pulang

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATABUNG HAJI TANGGUNG KOS SUBSIDI JEMAAH RM200 JUTA TAHUN DEPAN - NAJIB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium