Thursday, June 24, 2021

Tag - Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Konflik Palestin-Israel: “penyelesaian dua negara” bukan solusi terbaik?

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya Penyelesaian Dua Negara yang disokong Tan Sri Muhyiddin semalam maknanya Israel dan Palestin akan wujud sebagai negara berdaulat. Dan akan diiktiraf seluruh dunia. Tetapi kalau ada hendak mengatakan kaedah ini disokong penduduk Palestin atau satu-satunya cara terbaik adalah tidak tepat.  Rakyat Palestin majoritinya tidak setujupun kaedah sebegitu. Yang sokong sebenarnya adalah Yasser Arafat dan sekutunya sahaja. Ketika itu Arafat sangat terdesak dengan populariti Jihad Islam Palestin (JIP) dan Hamas. Rakyat Palestin sedang melihat Fatah (parti Arafat) lemah dan tiada hasil yang memberangsangkan setelah berpuluh tahun berjuang.  Maka dibuat Perjanjian Oslo 1993. Kebetulan Israel ketika itu dipimpin oleh Yitzhak Rabin yang lebih sederhana. Perjanjian inilah yang memberi persetujuan agar diwujudkan dua negara merdeka – Israel dan Palestin. Sebagai permulaan, Gaza dan Tebing Barat diserahkan kepada PLO dengan Arafat menjadi pemimpin kerajaan Palestin yang sah. Tapi 61 peratus Tebing Barat terutama di lembah Sungai Jordan akan ditadbir…

Terkini

Popular