32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

TAHALUF SIYASI PAS BAWA KERETAKAN PAKATAN PEMBANGKANG

TAHALUF SIYASI PAS

Polemik tahaluf siyasi yang membelenggu Pas kebelakangan ini semakin panas san menandakan parti itu akan melalui tempoh yang bergelora dalam masa terdekat.

Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah pendekatan pas menjalinkan ikatan politik bersama PKR dan Dap pasca Pilihan Raya Umum 2008 di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Kerjasama politik itu dimantapkan lagi setelah pakatan pembangkang berjaya mengurangkan kerusi yang diperolehi Barisan Nasional daripada 148 pada PRU12 kepada 133 pada PRU lalu.

Kalau dahulunya Pas, PKR dan Dap berjaya menafikan BN majoriti dua pertiganya di dalam Dewan Rakyat apabila merangkul 82 kerusi kini pembangkang menambah jumlah kerusi Parlimen kepada 89.

Daripada jumlah ini Dap mendapat habuan terbesar dengan 38 kerusi manakala Pas dan PKR masing-masing 21 dan 30.

Dalam PRU13 lalu, Dap bertanding 53 kerusi Parlimen, sementara Pas pula bertanding di 73 kawasan dan PKR di 99 kawasan.

Daripada statistik ini boleh dirumuskan Dap memenamgi majoriti kerusi yang ditandinginya berbanding Pas dan PKR.

Ini bermakna kerjasama antara ketiga parti dalam pakatan pembangkang lebih menguntungkan Dap yang berjaya mendapat undi Melayu daripada Pas dan PKR.

Pas dan PKR pula tidak berjaya mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi berbanding Dap kerana majoriti pengunbdi Melayu masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap BN.

Ini juga bermakna pihak yang rugi di dalam gabungan pembangkang adalah Pas dan PKR.

Mungkin inilah sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengesyorkan supaya pendekatan tahaluf siyasi ang digunapakai parti itu dikaji semula.

Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra di lontarkan oleh pimpinan Pas berhubung isu ini.

Apa pun jelas polar atau trend penghujahan sama ada daripada pihak yang menyokong kaedah politik ini atau sebaliknya, memperlihatkan kewujudan dua kem yang ketara di dalam parti itu.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan.

Kalau dulu pertelagahan dan percanggahan pendapat antara kumpulan ulama yang diketuai oleh pemimpin seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Harun, serta Datuk Dr Harun Din dan kumpulan Erdogan atau Anwarinas berputar disekeliling isu kerajaan perpaduan, kini polemik antara kedua kem sudah merebak kepada isu sama ada Pas kekal di dalam Pakatan Rakyat atau tidak.

Setakat ini Abdul Hadi berkata Pas akan kekal bersama PKR dan Dap dan ini disokong oleh Mursidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan lain.

Kem Anwarinas juga memberikan hujah bahawa tahaluf siyasi telah menguntungkan Pas di Selangor.

Hujah ini kurang tepat kerana Pas dan Dap masing-masing merangkul 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 14 bagi PKR.

Oleh kerana jawatan Menteri Besar sepatutnya diisi oleh calon Melayu, maka Pas lah yang selayaknya mendapat jawatan tersebut kerana jumlah kerusi DUN yang lebih besar.

Bagaimana sebaliknya yang berlaku di mana Menteri Besar terus disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR.

Jawatan kanan seperti Speaker di berikan kepada Dap pula PKR mengisi Timbalan Speaker.

Sebenarnya Pas telah dipermainkan oleh Dap dan PKR di Selangor dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Selain isu tahaluf siyasi yang semakin bercelaru, kem ulama dan juga Anwarinas berentap mengenai calon timbalan presiden.

Abdul Hadi mahukan calon daripada kumpulan ulama manakala kem liberal di dalam Pas mahukan calon daripada kalangan mereka.

Sesetengah pemerhati dan para analisis politik berpendapat Pas akan berdepan dengan risiko perpecahan di masa terdekat kerana gelombang untuk membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat semakin kuat.

Pas dilihat akan menjadi bertambah berpengaruh dan mengembalikan kekuatan politiknya sekiranya bersendirian dan menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pula.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan