Tahniah Datuk Seri Utama Mohamad Hassan #PRKSemenyih - pakdin.my

Tahniah Datuk Seri Utama Mohamad Hassan. Ini kemenangan pertama BN di kawasan lawan. Bukan calang-calang lawan, parti Bersatu pimpinan Tun Mahathir.

Kelebihan Tok Mat Hassan ialah ketika orang lain berarak dan berkempen secara menonjol, beliau secara senyap-senyap berjumpa banyak kumpulan dan puak.

Jadual kempen dan ziarah rumah ke rumah beliau jarang sekali dimaklumkan kepada media. Banyak keadaan media hanya bekejar ke tempat kempen setelah Tok Mat Hassan berada di sana.

Mungkin faktor Semenyih yang banyak berkait dengan susur galur minangkabau, maka kehadiran Tok Mat Hassan mengetuai jentera kempen BN dan UMNO memudahkan segalanya.

Kemenangan ini ada bahayanya. Kini Tok Mat akan dilihat musuh baru parti Kerajaan.

Macam-macam hal boleh berlaku dalam PRK Rantau nanti. PH akan melakukan pelbagai helah dan hadiah bagi memalukan UMNO dan Tok Mat Hassan.

Apa pun kita kena bekerja keras, Allah yang menentukan. Orang Melayu sudah membuktikan mereka tidak mudah termakan umpan dan ugutan PH.

Oleh Ab Jalil Backer

https://pakdin.my/tag/prk-semenyih

UTAMAPILIHAN RAYATahniah Datuk Seri Utama Mohamad Hassan #PRKSemenyih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium