Tahniah Rejim Pakatan: Ringgit jatuh akibat bakal digugurkan dari indeks Bon FTSE Russel (sebelum ini telah digugurkan dari NORGES) - pakdin.my

Hari ini, matawang Ringgit tiba-tiba jatuh lima sen berbanding US Dollar.

Ringgit merosot secara mengejut hari ini kerana laporan yang dikeluarkan oleh FTSE Russel dari London hari ini telah memberi amaran bahawa mereka ingin menurunkan penarafan bon dan sukuk dari Malaysia.

Ini juga sebab Malaysia sekali lagi menjadi “sole loser” hari ini di mana pasaran saham kita terus menurun walaupun hampir semua pasaan saham di Asia naik.

Jika diturunkan maka bon dan sukuk Malaysia termasuk yang diterbitkan oleh kerajaan tidak lagi akan dimasukkan dalam indeks bon global FTSE Russel bermula September 2019.

Ini bermakna, pelabur-pelabur asing yang meggunakan indeks FTSE Russel sebagai panduan pelaburan mereka akan menarik balik pelaburan sedia ada.dan tidak akan melabur lagi di dalam pasaran Malaysia.

Setelah tabung pelaburan terbesar dunia iaitu tabung negara Norway mengumumkan minggu lepas bahawa mereka tidak akan labur di dalam pasaran bon Malaysia, kini giliran FTSE Russel.

Sekian lama negara kita dimasukkan di dalam indeks bon FTSE Russel dan pelaburan negara Norway.

Kini kita ditendang keluar pulak.

Ini akan melemahkan lagi matawang dan ekonomi negara kita.

Rujukan:

The World’s Worst Major Stock Market Is Really, Really Boring
https://www.bloomberg.com/amp/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally

Malaysia’s Stock Market Is Asia’s Only Loser of 2019 – Bloomberg
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-03-11/politics-sent-malaysia-stocks-up-now-u-turns-as-doubts-emerge

Norway tarik balik pelaburan RM55 bilion, tidak akan melabur dalam bond dan sukuk Malaysia kata Najib
https://pakdin.my/norway-tarik-balik-pelaburan-rm55-bilion-tidak-akan-melabur-dalam-bond-dan-sukuk-malaysia-kata-najib/

UTAMAEKONOMITahniah Rejim Pakatan: Ringgit jatuh akibat bakal digugurkan dari indeks Bon FTSE...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium