Tahun Penuh Ujian – Najib Masih Selamat - pakdin.my

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sangat kuat dalam Umno, beliau mempunyai bilangan mencukupi di Parlimen dan dia telah terselamat daripada ‘virus Mahathir.

mahathir-najib-2020

HEBAT itulah bunyinya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah terselamat dalam pertembungan epik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia adalah satu pencapaian kerana sangat sedikit yang dapat bertahan dengan serangan Dr Mahathir yang hebat dan boleh terselamat dari segi politik. Beberapa mangsa dari kalangan nama besar telah kecundang antaranya Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia telah menjadi salah satu tahun serangan demi serangan oleh Dr Mahathir – di dalam dan di luar negara, dalam media asing, melalui blognya, di forum-forum awam dan umumnya untuk sesiapa sahaja yang mahu mendengar.

Dia telah melontar segala-galanya termasuk sinki dapur pada Najib. Dan perkara yang menakjubkan adalah bahawa melalui itu semua, Najib tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang kritikal atau serangan peribadi terhadap orang tua itu.

Hubungan antara Najib dan orang yang pernah dihormatinya sebagai seorang tokoh dan mentor tidak boleh diperbaiki.

Dr Mahathir adalah seorang yang boleh menerima secara gentleman dalam banyak perkara tetapi tidak boleh menerima kekalahan. Dia membenci kekalahan, dia tidak biasa boleh menerima keadaan itu dan dia telah berikrar untuk meneruskan agendanya menentang Najib. Itu hak dia, tiada siapa yang boleh membuat dia diam dan, selain itu, dia masih mempunyai pengikut yang besar di luar sana.

Tetapi di sini ada perkara menarik, audut mana sekalupun kita melihat pada perkara tersebut, Najib telah memenangi perjuangan tersebut walaupun penyokongnya lebih suka untuk mengatakan dia telah terselamat. Mereka tahu bahawa walaupun bos mereka telah muncul pemenang, dia tidak dibiarkan tanpa kecederaan.

“Dia adalah sangat kuat dalam parti, saya tidak fikir sesiapa boleh menafikannya,” kata Ketua Bahagian Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsuddin.

Pengaruh politik Najib bertambah kukuh lagi minggu lalu apabila Bajet 2016 telah diluluskan dengan 128 undi menyebelahi Barisan Nasional berbanding 74 undi menyebelahi Pakatan Rakyat / Pakatan Harapan.

Ia adalah kali kedua dalam masa sebulan yang parti yang diterajui beliau telah membuktikan bahawa mereka mempunyai bilangan mencukupi dalam Parlimen. Kali pertama ialah apabila Barisan Ahli Parlimen meluluskan usul untuk menggantung Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan 107 undi berbanding 77 undi dipihak lawan.

Ia berjaya membenam dakwaan pembangkang bahawa mereka mempunyai sokongan daripada Ahli Parlimen BN. Sebaliknya mereka sebenarnya tidak mendapat sokongan Ahli Parlimen dari PAS.

“Lihatlah pihak kami – Kuli (Tengku Razaleigh Hamzah) dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) berada bersama, mereka mengundi untuk Bajet,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani.

Ahli Parlimen pembangkang menggambarkan undi Bajet sebagai undi tidak percaya terhadap Najib tetapi ia gagal. Gagal memalukan Najib, pembangkang yang terdedah perpecahan sesama mereka. Tidak semua Ahli Parlimen PAS datang bersama-sama dan sesama pembangkang telah berpecah antara dua kumpulan Pakatan.

Adalah jelas bahawa Najib mempunyai sokongan dalam Umno, beliau mempunyai bilangan mencukupi di Parlimen dan dia telah terselamat daripada “virus Mahathir”.

Tahun 2016 yang penuh cabaran dan dugaan terhadap Najib, kata kawan lama dan bekas duta Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, “dia telah keluar dari fasa kritikal” dan kembali semula kepada keadaan yang kukuh.

Tetapi dia masih mempunyai beberapa halangan untuk dibersihkan, iaitu siasatan PAC berhubung 1MDB dan Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

Ini tidak akan menjadi satu perhimpunan agung parti yang mudah memandangkan ketegangan antara beliau dan timbalannya Muhyiddin.

Ia akan menjadi terlalu janggal, untuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semua orang akan menonton segitiga halus di atas pentas – satu timbalan presiden yang bukan Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden yang mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri dan presiden yang membuat semuanya berlaku. Setiap ekspresi wajah dan isyarat akan diteliti oleh para perwakilan dan media.

Lingkungan keliling Najib mengambil berat tentang apa yang Muhyiddin boleh katakan atau lakukan semasa perhimpunan. Timbalan Presiden secara tradisi menangani usaha perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan juga ucapan penggulungan pada akhir persidangan agong.

Muhyiddin masih terluka dengan apa yang menimpa dirinya dan kita tidak dapat meramalkan sama ada beliau akan menggunakan pentas untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.

Atau akan dia dihalang daripada berucap dengan spekulasi tindakan disiplin terhadap beliau dan beberapa orang yang lain kerana kenyataan dan tindakan mereka yang dianggap sebagai merosakkan parti?

Dr Mahathir berkemungkinan tidak hadir. Beliau beberapa kali menolak jemputan menghadiri perhimpunan agong semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia merupakan boikot secara terang-terangan kali ini.

Perhimpunan Agung UMNO telah berjalan lancar sejak beberapa tahun kerana perwakilan yang akan berucap dipilih dengan teliti supaya mereka tidak pergi menyimpang jauh keluar dari garis panduan.

Suara sinis akan berkata ia akan menjadi gelanggang jenaka biasa, pujian dan bodek. Sebenarnya, sebahagian besar daripada perbahasan sering menyentuh isu-isu berkaitan Melayu, Islam dan kebangsaan yang mendekati hati ahli-ahli Umno. Isu-isu seperti ancaman kepada agama, pendidikan dan bahasa, ekonomi, keganasan agama dan sudah tentu isu berkaitan pembangkang akan ditampilkan di dalam perbahasan.

Sesetengah oranh berpendapat bahawa peranan Dr Mahathir sebagai “ketua umum pembangkang” dalam setahun ini juga boleh timbul dalam perbahasan.

ADUNVKok Lanas Datuk Alwi Che Ahmad berkata, sebarang kritikan terhadap bekas Perdana Menteri akan dibuat secara tidak langsung atau secara sindiran. Kepetahan pidato Alwi telah menyaksikan beliau dipilih untuk membahaskan usul menjunjung kasih ucapan presiden dua tahun lepas.

“Tun Mahathir seperti bapa kami. Kami tidak suka untuk berhujah walaupun kita tidak bersetuju. Beliau mengingatkan saya kepada arwah ayah saya yang berkeras mengubahsuai rumah setiap kali salah seorang daripada adik saya berkahwin. Ia adalah satu pembaziran wang tetapi ia adalah rumahnya. Apabila anak saya berkahwin, kami melansungkannya di sebuah hotel,” kata Alwi.

Menurut Dr Ibrahim, walaupun ahli-ahli Umno mengkritik Dr Mahathir, jauh di dalam hati mereka, mereka masih mahu dia sebagai sebahagian daripada keluarga.

Tokoh yang semakin meningkat dari Sabah Datuk Rahman Dahlan berkata, tidak ada larangan tertentu mengenai isu-isu kontroversi seperti 1MDB atau derma RM2.6bil.

“Saya tidak fikir mereka (perwakilan) perlu berhenti daripada bercakap perkara-perkara yang mereka ibgibkan. Tetapi setiap tahun, kami mempunyai satu taklimat ‘pre-council’ kepada perwakilan sebelum perhimpunan bermula bagi kepimpinan untuk menetapkan tona persidangan dan ini akan membantu mengawal keadaan,” kata Rahman yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.

Mengenai kebimbangan mengenai sama ada Muhyiddin boleh menjadi ‘wild card’ dalam perhimpunan, Rahman berkata presiden mempunyai pentas terakhir di setiap perhimpunan semasa ucapan penggulungan.

“Itu adalah ucapan penting di mana Presiden menyampaikan ucapan penangguhan terakhir dan mampu untuk menjawab apa-apa yang telah dibangkitkan,” katanya.

Najib perlu menunjukkan kewibawaannya pada masa ini, Di kedua-dua ucapan perasmian presiden dan juga dalam penggulungan beliau. Dia mungkin perlu untuk menyampaikan ucapan yang paling bernas dalam kerjaya politiknya.

Perhimpunan ini, kata Alwi, juga istimewa bagi Dr Ahmad Zahid kerana ia akan menjadi yang pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi memandangkan situasi janggal, dia akan perlu untuk menahan keghairahan itu.

Menjadi No. 2 negara adalah impian menjadi kenyataan bagi ahli politik popular kelahiran Perak ini. Beliau juga pernah menjadi mangsa Dr Mahathir pada tahun 1998 tetapi ianya sudah lama berlalu. Beliau sebelum ini tidak oetah berbahasa Inggeris, dan dia kini beliau boleh menugasainya dengan baik.

Dr Ahmad Zahid menempuh 100 hari pertama dengan cara ‘low profile‘, dengan majlis tahlil bersama kira-kira 500 rakan-rakan rapat dan penyokong-penyokongnya di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri. Beliau belum lagi berpindah kesitu, dan petang itu adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki di kediaman rasmi tersebut.

Beliau tidak pernah sesibuk ini dahulu. Ttelah melakukan tiga lawatan rasmi ke luar negara dan bertemu kepimpinan akar umbi parti di setiap negeri.

Semua orang mahu menemui beliau dan dia cuba untuk tidak menolak sebarang jemputan. Rutin harian beliau begitu padat dan dia memberitahu pembantunya yang dia berasa bertuah apabila dia mempunyai masa untuk tidur dan makan.

Apa yang lebih penting adalah dengan kehebatan politik secara semula jadi, beliau telah dapat meringankan beban politik presiden.

Perjalanan kelansungan politik Najib mengingatkan kepada Prinsip Salami (Salami Principle), ‘a Cold War analogy that refers to a political agenda that is subtly advanced. It is based on the idea that no sensible person would consume an entire salami in one sitting but if fed one slice at a time it can be consumed with little notice.’

Langkah demi langkah, beliau telah berjalan keluar dari pasir jerlus ke tanah yang rata.

Beliau mahukan Perhimpunan Agung Umno yang berjalan lancar dan bebas dari sebarang masalah untuk terus mengukuhkan kedudukannya.

UTAMAPOLITIKTahun Penuh Ujian - Najib Masih Selamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium