24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Taib Buat Pengumuman Berhubung Persaraannya Dua Hari Lagi

taib-mahmuds

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu berkata beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi berhubung persaraannya dua hari lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak , beliau berkata tidak akan ada pilihan raya mengejut selepas pengumumannya untuk bersara.

“Tidak ada. Kami tidak mempunyai kejutan (bahawa pilihan raya tergempar akandiadakan) Parti telah memberikan saya petunjuk tertentu bahawa segala-galanya(selepas persaraannya) akan berjalan lancar. (Butiran lain) saya akan umumkankemudian pada masa yang sesuai,” katanya.

Kenyataan itu datang hampir empat hari selepas Berita Harian dalam laporanmuka depannya melaporkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri akhir bulan ini.

Berikutan laporan berita itu, Taib tidak menghadiri tiga acara rasmi peringkat negeri yang menyebabkan spekulasi itu bertambah hangat.

Empat nama disebut-sebut sebagai bakal pengganti Taib bagi jawatan KetuaMenteri yang dipegang sejak 1981.

Mereka ialah timbalan presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, naibpresiden kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Bagaimanapun, dalam laporan akhbar hari ini, Effendi menafikan bahawa beliau akan menjadi pengganti dan tidak akan mencabar sebarang keputusan yang dibuat Taib mengenai siapa yang bakal dipilih menggantikannya.

Tiga lagi pemimpin yang nama mereka disebut-sebut setakat ini enggan mengulas berhubung spekulasi itu.

Bernama difahamkan bahawa satu lagi mesyuarat antara Taib dan semua wakil rakyat akan diadakan pada Ahad

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...