Taib Hadir Taklimat Bersama Menteri Dalam Negeri - pakdin.my

Kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memasuki perkarangan bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Isnin untuk menghadiri taklimat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memasuki perkarangan bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Isnin untuk menghadiri taklimat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri taklimat tertutup bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Bapa Malaysia di sini Isnin. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Mengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, taklimat tertutup yang dibuat di Pejabat Ketua Menteri itu berkaitan pilihan raya negeri ke-11.

Namun seorang pegawai KDN yang datang bertemu media memaklumkan perjumpaan itu hanya kunjungan hormat terhadap Taib dan tiada sidang akhbar akan dibuat.

Hampir 30 wartawan media cetak dan elektronik yang mula berkumpul di Wisma Bapa Malaysia sejak 9.30 pagi tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan itu dan hanya menunggu di pintu pagar masuk utama bangunan

UTAMATaib Hadir Taklimat Bersama Menteri Dalam Negeri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium