25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Taib Terima Sambutan Meriah Sebagai YDP Sarawak Yang Baharu

taib-ydp

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu Tan Sri Abdul Taib Mahmud diberi sambutan meriah di Lapangan TerbangAntarabangsa Kuching, Jumaat malam.

Pesawat khas yang membawa Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib dari Kuala Lumpur mendarat di sini pada pukul 8.50 malam, sebelum mereka disambut kira-kira 1,000 orang di landasan lapangan terbang.

Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang sebelum ini mengukir sejarah dalam negeri kerana menjadi Ketua Menteri kelima, mengetuai pembesar-pembesar tempatan menyambut kepulangan Taib.

Pagi Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenanmenyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taibdi Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat itu yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiriPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin dan Adenan.

Taib, meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa hari iniselepas hampir 33 tahun berkhidmat.

Beliau akan menjalankan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-7 Sabtu, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tempoh jawatannya berakhir pada Jumaat.


Taib merupakan Ketua Menteri Sarawak yang keempat memegang jawatan itu pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Anak sulung daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei 1936 hasil perkongsian hidup antara Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya’kub.

Taib memulakan kerjaya sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agong Selatan Australia selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universityof Adelaide, sebelum pulang ke Sarawak.

Beliau menyertai dunia politik pada tahun 1963 apabila menganggotai MajlisPerundangan Sarawak dan berkhidmat sehingga 1966.

Beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sarawak pada tahun1963 dan berkhidmat sehingga 1966. Taib kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak pada tahun 1966 hingga 1967.

Kerjaya Taib di peringkat persekutuan bermula selepas beliau memenangikerusi Parlimen Samarahan pada tahun 1970.

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...