32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Tak Mungkin Berlaku DUN Tergantung Di Terengganu – Ahli Politik

DUN-Terengganu

DUN-Terengganu

Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.

Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco, Datuk Toh Chin Yaw berkata, undipemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.

“Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya,” kata beliau.

Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

Naib presiden PKR, Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata,sekiranya PAS memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula.

“Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..