“Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV - pakdin.my

Sebelum ini timbul gosip kononnya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan, Shuib memandangkan ciri-ciri lelaki idamannya itu dimiliki pengasas BubbleBee ini.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan bahawa DSV bukanlah gerangan wanita yang sedang dikenalinya sekarang ini.

Mengakui selesa berkawan dan menjalinkan hubungan atas urusan perniagaan semata-mata, Shuib akui mengenali DSV sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” katanya.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya…”

Menurut Shuib, dia mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anaknya apatah lagi anak bongsunya Ayash Affan masih kecil.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” jelasnya.

BACA juga:

UTAMAGAYA HIDUPHIBURAN“Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium