32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Tak patut Guan Eng saja dapat diskaun rumah

Kenapa orang miskin Pulau Pinang membayar RM400 sekaki persegi untuk rumah ‘mampu milik’ dan Tokong Lim Guan Eng cuma perlu membayar RM275 sekaki persegi di lokasi eksklusif?

Lim Guan Eng perlu berusaha memberikan diskaun perumahan kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana harta tanah di negeri itu terlalu mahal, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Disebabkan Lim menikmati potongan harga ketika membeli sebuah banglo untuk dirinya, kata Mah, keistimewaan itu tidak wajar dihadkan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu saja.

“Ya, Lim mendapat diskaun tapi jika dia benar-benar berjuang untu rakyat, Lim tidak akan membiarkan potongan harga itu untuk dirinya saja. Dia akan cari jalan supaya semua orang mendapat potongan harga,” katanya.

Kenyataan Mah di persidangan tahunan Gerakan di Kuala Lumpur itu kemudian disambut tepukan gemuruh delegasi parti berkenaan.

Kenyataan Mah itu merujuk kepada hujah Lim berkaitan pembelian seunit banglo didakwa diperolehi lebih rendah daripada harga pasaran.

Transaksi itu juga menyebabkan setiausaha agung DAP berkenaan didakwa atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Lim bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

20160926-limguaneng-gila-meroyan-kes-rasuah

Berita Berkaitan

Komen

  1. Tu la Yang dok Ada .jd pak turut ja.sedangkan dia bukan nya anak negeri p.pinang.Yang ank negeri p.pinang memang bodoh.walau pon jd yb pemerintah. Bdoh betul orang negeri lain Yang memerintah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.