Tak patut Guan Eng saja dapat diskaun rumah - pakdin.my

Kenapa orang miskin Pulau Pinang membayar RM400 sekaki persegi untuk rumah ‘mampu milik’ dan Tokong Lim Guan Eng cuma perlu membayar RM275 sekaki persegi di lokasi eksklusif?

Lim Guan Eng perlu berusaha memberikan diskaun perumahan kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana harta tanah di negeri itu terlalu mahal, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Disebabkan Lim menikmati potongan harga ketika membeli sebuah banglo untuk dirinya, kata Mah, keistimewaan itu tidak wajar dihadkan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu saja.

“Ya, Lim mendapat diskaun tapi jika dia benar-benar berjuang untu rakyat, Lim tidak akan membiarkan potongan harga itu untuk dirinya saja. Dia akan cari jalan supaya semua orang mendapat potongan harga,” katanya.

Kenyataan Mah di persidangan tahunan Gerakan di Kuala Lumpur itu kemudian disambut tepukan gemuruh delegasi parti berkenaan.

Kenyataan Mah itu merujuk kepada hujah Lim berkaitan pembelian seunit banglo didakwa diperolehi lebih rendah daripada harga pasaran.

Transaksi itu juga menyebabkan setiausaha agung DAP berkenaan didakwa atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Lim bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

20160926-limguaneng-gila-meroyan-kes-rasuah

UTAMAPOLITIKTak patut Guan Eng saja dapat diskaun rumah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium