Tak rasmi: Mat Hasan menang besar #PRKRantau - pakdin.my

7.05pm: Berdasarkan pengiraan Malaysiakini, PRK Rantau dimenangi oleh calon BN Mohamad Hasan.

Berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di pusat penjumlahan undi, undi yang diraih Mohamad ketika ini sudah melebihi jumlah yang diperlukan untuk menang.

Malaysiakini menganggarkan jumlah keluar mengundi sebanyak 79 peratus daripada 20,926 pengundi yang layak.

Ini bermakna 8,266 undi diperlukan untuk menang.

Mohamad ketika ini sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.

Sementara itu, calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin masing-masing mendapat 66 dan 67 undi.

BN rampas PDM majoriti India.

7.03pm: BN merampas pusat daerah mengundi (PDM) Pekan Sagga daripada PH.

Pekan Sagga memiliki paling ramai pengundi India untuk DUN Rantau, kira-kira 63.7 peratus. Pengundi Melayu sebanyak 19.5 peratus dan pengundi Cina 16.8 peratus.

BN mendapat 56.57 undi di Pekan Sagga manakala PH 42.7 peratus.

Pada PRU lalu untuk Parlimen Rembau, PH menang 51.98 peratus undi manakala BN hanya mendapat 44.23 peratus undi. PAS pula 3.78 peratus.

UTAMAPILIHAN RAYATak rasmi: Mat Hasan menang besar #PRKRantau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium