32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Tak sudah-sudah AMK hendak buat kacau…(Video)

TAK sudah-sudah nak buat kacau cara PKR, hari ini di KL Sentral sekumpulan ahli Angkatan Muda parti itu bertindak luar batasan bila cuba menyerbu ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak dan rombongannya.

Kisahnya begini, Perdana Menteri sepatutnya menghadiri pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang sempena hari kemerdekaan yang dijadualkan di KL Sentral pada Rabu.

Najib yang tiba menaiki Express Rail Link (ERL), daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral. Termasuk dalam rombongan perdana menteri adalah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussain.

Mereka disambut oleh ahli PLKN yang membuat barisan untuk bersalaman dengan beliau.

Tiba di sebuah restoran makanan segera sebelum menaiki escallator, sekumpulan pemuda berbaju kuning tiba-tiba ‘menyerbu’ sambil menjerit ‘reformasi’ dan ‘hidup rakyat’.

AMK dibawa kebalai polis Jalan Travel untuk diambil keterangan.

Kumpulan ini seramai tujuh ke 10 orang itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum Bersih kepada Perdana Menteri.

Bagaimanapun,  pengawal keselamatan Perdana Menteri sempat menghalang dan mereka kemudiannya ditahan oleh polis.

Menurut saksi kepada Agendadaily, kelakuan ahli AMK itu macam ‘budak-budak’ dan langsung tidak menunjukkan hormat kepada pemimpin negara.

“Mereka hanya bertujuan untuk buat provokasi kepada pihak berkuasa,”katanya.

Beliau memuji pihak berkuasa yang bertindak pantas menghalang kumpulan pengacau tanpa menimbulkan kejadian tidak diingini.

Difahamkan, semua yang ditahan kini berada di balai polis Jalan Travel untuk diambil keterangan. – AgendaDaily

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.