28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Takut Undi Cina Lari, Mat Sabu Nafi PAS Mahu Laksana Hudud

Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.

Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengaja memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?

Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan ‘keinginan’ PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?

Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada ‘cita-cita’ PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.

Patutnya jika betul PAS serius mahu laksanakan hukum hudud, Mat Sabu ataupun siapa sahaja pemimpin PAS tidak perlu melatah bilamana Sin Chew Daily menyiarkan berita tentang keinginan PAS untuk pinda perlembagaan negara demi menegakkan hukum hudud.

Inilah masanya yang sesuai untuk PAS buktikan isu hudud yang sering digebang siang malam di atas pentas politik selama ini bukannya sekadar modal politik dan umpan menarik sokongan orang Islam semata-mata.


Tapi bilamana Mat Sabu tiba-tiba sahaja menafikan berita tersebut, nampak sangat sebenarnya PAS tidak pernahpun bersungguh-sungguh untuk realisasikan janji perlaksanaan hukum tersebut.

Sahihlah PAS terlalu takut akan kehilangan undi orang Cina pro DAP dan PKR berbanding prioriti mengotakan janji perlaksanaan hukum hudud yang sudah bertahun-tahun menjadi umpan politik kepartiannya.

Soal perlaksanaan bukannya matlamat utama PAS, sebaliknya janji menegak hukum hudud hanya bertujuan untuk dipolitikkan bagi mengabui mata khalayak supaya yakin PAS adalah pejuang Islam, itu sahaja.

Sekarang, janji perlaksanaan hukum hudud sebagai senjata politik sudah bertukar menjadi boomerang yang mengasak tepat ke dahi PAS.

Terbukti benar polemik hudud sejak lebih 20 tahun lalu hanyalah senjata politik untuk kepentingan kepartian PAS sahaja bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Melayu Islam.

Hudud: Sin Chew Pertahan Laporan »

mat sabu kaki putarAkhbar Sin Chew Daily pada Rabu menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud. Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan “kekeliruan” tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk…

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan