Talian hotline khas i-Sinar diwujudkan #pakdin.my

Bagi melicinkan proses ahli untuk permohonan dua kategori bantuan i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan satu talian hotline khas i-Sinar.

KWSP melalui satu kenyataannya berkata, pihaknya telah membuka satu talian hotline khas i-Sinar yang telah memulakan operasinya bermula hari ini.

“Bagi melancarkan proses ahli pihak kami telah memulakan talian hotline khas i-Sinar iaitu 03- 8922 4848, orang ramai boleh menghubungi hotlime tersebut bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

“Talian tersebut dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat selain daripada cuti umum,” jelasnya

Berkaitan